CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Monday, August 10, 2009

PROGRAM BERLIAN

6 OGOS merupakan majlis penutup program berlian Zon Negeri Sembilan Melaka.Pengetua, Tn Hj Arshad merupakan pengerusi Zon. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta Berlian yang telah menaikkan nama sekolah dalam subjek BI dan Matematik Tambahan.Pelajar tersebut ialah Haris dan Syazwan.

Kepada pelajar berlian yang lain juga di ucapkan tahniah atas komitmen anda dalam menjayakan Program Peringkat Zon.Apayang boleh anda sumbangkan ialah memberikan ilmu yang anda dapati dengan perkongsian bersama rakan anda dalam TEAM dan juga dalam program Gerak gempur pada bulan Oktober nanti.Semuga ilmu yang di kongsikan bersama rakan lebih keberkatannya

Marilah kita belajar untuk menjadi insan yang dermawan. Infaqkan sebahagian harta anda maka harta yang di infaqkan itulah saham anda di akhirat kelak.Jom kita berlumba-lumba mengumpulkan saham akhirat agar keuntungan nya dapat kita kecapai di akhirat nanti.......

ORANG YANG BIJAKSANA ADALAH ORANG YANG SENTIASA MENGINGATI MATI

Keputusan pencapaian PPT Subjek Maths dan Science

Kepada semua ahli Panitia

SILA AMBIL PERHATIAN

Target untuk subjek Matematik tambahan, Fizik dan Kimia ialah GP 3.0. Bagi Matematik ialah GP1.5 .

Dalam mesyuarat post mortem yang lepas cadangan untuk setiap pelajar mengikut tahap pencapaian hendaklah di teliti.Pastikan semua pelajar dapat menguasai matapelajaran dengan baik. Ulangkaji terancang perlu dilaksanakan. Prep malam berfokus telah berjalan. Panitia perlu memantau setiap kelas untuk pastikan semua kelas telah mencapai maksimum input.Jika perlu minta guru yang berkaitan memberikan kelas tambahan pada waktu di luar P&P sebagai langkah membimbing pelajar secara personel.

Selain dari usaha dalam meningkatkan matapelajaran, pelajar juga perlu di beri santapan rohani agar mereka dapat membersihkan diri dari prasangka dan sikap lemah, putus asa dan malas.
Tazkirah untuk kerohanian ini perlu untuk kita betulkan niat dalam mencapai cita-cita dan kecemerlangan.

Sebagai pelajar muslim, yang paling utama adalah solat, menghormati ibubapa dan mohon restu dari mereka,menghormati guru dan minta halalkan ilmu yang diberi, memaafkan sesama sahabat supaya tidak berlaku dendam dihati. Bersihkan niat anda jangan ada niat yang tidak Ikhlas . Bahawasanya segtala sesuatu itu bermula dengan niat......

Kecemerlangan seorang pelajar bukan hanya terletak pada sekeping sijil sahaja tapi hati yang suci dan sentiasa mempamirkan akhlak mulia dan menjadi insan Rabbani.

Thursday, August 6, 2009

PELANCARAN BULAN PATRIOTISME DAN PENYAMPAIAN HADIAH SAINS DAN MATEMATIK

Pada hari Jumaat 14 Ogos 2009, penyampaian hadiah sains dan matematik , pemenang hadiah pembinaan blog akan disampaikan serentak. Semua pemenang diharap bersedia untuk menenrim,a hadiah.

Selepas penyampaian hadiah, pelancaran bulan patriotisme akan dilancarkan. Program kemerdekaan akan berlangsung sepanjang ramadhan.Pelajar tingkatan 4 akan melaksanakan program ini memandangkan pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM.

Tuesday, August 4, 2009

BENCHMARKING SMKA SHEIKH HJ ABD MALEK

Salam,

Pada 4-5 Ogos, satu lawatan benchmarking oleh SMKA Sheikh Hj Abd Malek ke SMT Tuanku Jaafar.Rombongan di ketuai oleh Cikgu Hanafi.Pelajar telah dibawa melihat beberapa aktiviti kebitaraan bolajaring dan softbol.Selepas itu pelajar telah melawat dan mendengar taklimat kebitaraan di Bilik Rekacipta dan inovasi.

Pada sebelah tengahari , lawatan sekitar projek kluster dan taman suria . Pelajar juga dibawa ke makmal Fizik untuk melihat prasarana dan berkongsi modul Fizik. Kebitaraan bagi SMKA SAMS adalah Fizik , kelas Quran dan memanah.

Pelajar juga sempat berinteraksi bersama dengan pelajar untuk melihat program IRONCAD. Saudara Nazim telah memberi tunjukajar kepada program IRONCAD.

Seramai 31 pelajar kelas untuk Kluster iaitu pelajar aliran sains pilihan pertama telah datang dan berpeluang menggunakan software IRONCAD.

Sekolah ini memilih Fizik sebagai kebitaraan kerana mereka telah dapat melahirkan pelajar cemerlang Fizik dibawah bimbingan cikgu Naomi GC Fizik. Pada tahun lepas SPM 2008 seramai 121 pelajar telah mendapat A1 dalam matapelajaran ini. Tahniah kepada sekolah rangkaian Kluster Kecemerlangan.

Guru-guru yang hadir ialah cikgu Hanafi(guru Fizik), cikgu Faizal(cikgu Bestari), Pn Rohana (guru BI)dan Pn Yusliana(Kaunselor).

Terima kasih daun keladi
Kalau sudi datanglah lagi.