CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Wednesday, September 16, 2009

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Menjelang peperiksaan SPM akan datang, pelajar STTJ kini sedang giat membuat Ulangkaji selepas tamat peperiksaan percubaan.Suasana belajar masih di tahap rendah. Tiada inisiatif untuk mencuba soalan yang mencabar. banyak lagi benda yang masih belum dipelajari.

Cikgu ingin sahare bersama beberapa kemahiran untuk tatapan anda....

Anak-anak yatim yang kehilangan ayah atau ibu selalunya merasa kepentingan belajar . Hanya dengan pelajaran mereka akan berjaya pada masa akan datang. Oleh itu ada motivasi dalaman yang mendorong mereka belajar bersungguh-sungguh.

Friday, September 4, 2009

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN

4 hb September 2009

Jam 9.00 pagi di Bilik Pengetua
Semua Ketua Bidang telah di panggil untuk memikirkan apakah input yang sesuai untuk dilaksanakan selepas peperiksaan percubaan ini.

Hasil dari brainstorming beberapa resolusi telah diambil:-

PROGRAM GERAK GEMPUR dan PECUTAN AKHIR

Kelas Anjal dengan jadual 3 dan 2 waktu pada sebelah pagi ikut kelas masing-masing.
Kelas Integrasi Petang dengan kaedah streaming ikut tahap pencapaian.
Teknik Menjawab setiap sabtu untuk subjek selain Subjek Elektif(Phy, Chem, Add .M dan BI)
Prep malam berfokus Ahad- Rabu
Khamis malam jumaat ialah kelas P.Kejuruteraan.

Perlaksanaan

1.Setiap guru matapelajaran hendaklah memastikan supaya pelajar mempunyai nota ringkas mengikut topik.
Nota ini boleh dirujuk dalam setiap penyelesaian masalah yang akan di buat dalam kelas bawah bimbingan guru.
Latihan yang diberi dipantau dan pastikan pelajar menjawab soalan yang diberi dalam masa yang di tetapkan.Hasil jawapan pelajar mesti di kompile.

2. Guru cemerlang akan pantau semua pelajar lemah mengikut subjek. Subjek yang tiada guru cemerlang maka ketua panitia atau ketua bidang boleh bantu pelajar.

3. Untuk Prep Malam Berfokus ,ketua Panitia haruslah menyediakan modul bagi latihan pelajar.Bagi Program gerak Gempur soalan percubaan dari sekolah lain terutama soalan SBP hendaklah di cetak dan di agihkan kepada pelajar.Skema disediakan sebagai rujukan.

4. Pelajar akan solat hajat selepas maghrib dan mula prep jam 8.15 hingga 10.30 malam.Selepas solat Isya berjamaah, pelajar boleh sambung belajar. Prep pilihan dari 11.00 hingga 12.30 malam dibenarkan untuk pelajar tingkatan lima membuat ulangkaji.Light off pada pukul 1.00 pagi.

5.Pelajar luar Tingkatan 5 tidak dibenarkan balik pada pukul 2.30 ptg. Makanan disediakan oleh pihak kantin bagi pelajar luar. Kelas Integrasi bermula pukul 3.30 ptg. Pelajar asrama juga tidak akan dibenarkan masuk asrama sehingga 4.30 ptg.

6. Pelajar luar tingkatan 4 akan balik pukul 2.30 ptg dan di pantau oleh guru bertugas.
Semua pelajar mestilah beratur sebelum balik.

Jadual kelas Anjal akan di edarkan selepas percubaan.
Jadual Kelas Integrasi akan di susun oleh Pn Azizah Mohamed
Jadual Prep malam Berfokus akan di susun oleh Cik Hjh Azizah Abd Rahman.

Perhatian untuk semua ketua Panitia sila baca maklumat ini untuk tindakan lanjut. Ahli Panitia boleh bantu ketua panitia untuk menyiapkan modul.

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA

4 hb September 2009

2 minggu berlalu peperiksaan SPM Percubaan. Bagi subjek yang telah lepas menunjukkan prestasi yang tidak memberansangkan dalam penguasaan bahan yang di sampaikan. Setakat ini pihak pengurusan memandang serius tentang bagaimana persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang amat penting ini sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenarnya.

Pelajar nampak belumlagi bersedia walaupun ulangkaji telah di jalankan dari masa kesemasa sebelum peperiksaan . Dimana silapnya.

Budaya belajar dalam kalangan pelajar SMT belum lagi setanding dengan pelajar SBP.
Kemahiran menulis nota, kemahiran belajar, kemahiran mengingati fakta dan kemahiran berfikir masih belum dapat di garap dengan baik oleh pelajar SMT.

Pelajar SMT juga masih belum mantap jati diri masing-masing.Masih mengharapkan guru dan menunggu input yang di beri.Budaya membaca belum lagi dijadikan amalan.Penghayatan cara hidup Islam belum dapat di terapkan dalam kalangan pelajar SMT. Pengurusan masa yang lemah.Membazir masa dan tidak ada visi dan misi dalam hidup.......

Cuba perhatikan maksud beberapa ayat dalam Al Quran yang menggalakkan pelajar untuk
belajar menggunakan masa.....

"Demi masa , sesungguhnya ,manusia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal solih.Mereka yang ingat mengingatkan dengan kebenaran dan ingat mengingatkan dengan kesabaran"

"IQRA" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah . Bacalah denbgan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Dalam ceramah Dr Dzulkifli Al Baqri sempena menyambut Iftitah Ramadhan beliau telah menggariskan beberapa strategi untuk menjadi pelajar cemerlang...

Antaranya:-

Manusia hebat sentiasa memintas waktu iaitu sentisa mendahului masa sebagaimana Imam Shafie yang belajardaripada Imam Malik. Sebelum beliau berguru , belaiau telah membuat ulangkaji dan persediaan untuk belajar.Maka ilmu yang kita dapat itu janganlah dipadamkan dengan maksiat kepada Allah.

Manusia hebat juga akan berfikir sebelum bertindak. Mereka akan memikirkan apakah akibatnya sebelum membuat apa-apa tindakan. Tindakan yang diambil mestilah di syurakan sebelum dilaksanakan.Mengambil kira pandangan kawan-kawan lain.Pelajar juga harus a bersikap terbuka dan telus . Menjaga hak dan kepentingan sahabat yansg lain.

Manusia hebat akan menggunakan segala pancaindera yang ada untuk mennguasai bahan pembelajaran. Mendengar dengan kaedah;" Listen" BUKANNYA " hear". Lihat dengan mata hati bukannya "tembus". Menggunakan tangan dengan sentuhan jiwa bukannya sentuhan nafsu

Manusia hebat juga akan sentiasa mengingati mati. Karena dunia ini hanya tempat persinggahan . Bila -bila masa sahaja akan diambi loleh Yang Maha Esa. Maka jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau musafir.Semestinya bilakita bermusafir maka hendaklah kita mencari bekalan untuk menuju ke destinasinya. Janganlah kita leka dalam kemewahan dunia.Oleh itu pelajar haruslahtahu apa destinasinya.Mengetahui Visi dan Misi sekolahdan mengetahui matlamat hidup yang sebenarnya.

Ayuh pelajar dan guru sekelian satu anjakan paradigma harus dilakukan sebelum kita tergelincir jauh dari trek yang sedia ada. Nama SMT Tuanku Jaafar harus di lonjakkan.

Semuga Ranmadhan ini menjadi medan muhasabah diri dan peluang untuk mensucikan diri kita.Ramadhan mengajar kita untuk bersabar dan kamu tidak akan beroleh kejayaan selagi kamu tidak bersabar.

Wednesday, September 2, 2009

sumbangan kurma ramadhan

koperasi sekolah dan juga kelab guru menyumbangkan kurma ramadhan kepada semua guru dan staff. koperasi juga membekalkan kurma untuk pelajar dan warga sekolah.jangan lepaskan peluang keemasan ini.

hari ini pengiraan stok koperasi. jadi pada minggu ini tidak ada jual beli di koperasi.....tarikh akhior stok ialah 31 hb Ogos 2009.

kurma ramadhan

jualan baju sekolah

salam

adalagi tak yang nak order? tarikh tutup 30hb ogos!!!!!!

Ramadhan Kareem

Hari ini telah 13 hari kita berpuasa. 4 hari bermula persekolahan penggal kedua. Pelajar Tingkatan 5 sedang berperang dengan killer subject pada minggu ini.

Dalam keberkatan Ramadhan ada pertolongan Allah yang mana kita tidak menyedarinya. Pelajar diberi kekuatan dengan amal yang solih. Tarawih dan tahajjud merupakan bekalan ampuh untuk menghadapi peperangan ini .Sebagaimana sahabat Rasulullah apabila ada panggilan Jihad mereka tidak tidur pada malam hari dan mengerjakan solat tahajjud bagi kekuatan diri.

Dikesempatan pagi semasa rehat pelajar bolehlah melaksanakan solat sunat dhuha selepas tadarus atau semasa rehat.Santapan rohani ini penting untuk kita mendidik hati dan nurani supaya memiliki sifat mahmudah, tidak emosi, bertimbang rasa, tidak zalim dan berlaku adil antara kita.Jauhilah sifat mazmunah yang sentiasa menghantui diri kita disebabkan nafsu amarah yang memuncak. Walaupun iblis dan syaitan telah di belenggu namun syaitan bermaharaja lela dalam diri kita tidak dapat di kawal.Mujahadah dengan nafsu dalam diri adalah musuh yang sukar di kawal kecuali dengan iman dan taqwa.

Jadikan madrasah Ramadhan sebagai temapat kita muhasabah diri dan mentarbiyah diri menjadi manusia yang lebih baik.Semuga segala amal menjadi ibadah.

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL KAREEM.

Ramadhan... hadirmu di nanti ... pemergianmu di tangisi....
Carilah lailatul qadar pada 10 malam terakhir.....................