CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Wednesday, October 28, 2009

Mesyuarat Bidang Sains dan Matematik

Salam
Ketua Panitia yang di hormati,

Minggu ini merupakan minggu ketiga terakhir kita berada dalam sesi persekolahan pada tahun ini. Sesi ini terasa amat panjang sekali. Pelbagai program telah dijalankan sepanjang tahun. Tibalah masanya kita menilai kembali program yang telah kita jalankan.Samada penilaian secara kolektif ataupun penilaian kendiri.

Sebagai guru yang berpengalaman saya pasti cikgu mempunyai pandangan yang mendalam dalam setiap program yang dijalankan. Jika program itu perlu diteruskan maka dialu-alukan, jika program yang di jalankan tidak berjaya, makaperlu ada pendekatan yang lebih kreatif untuk merancang program panitia cikgu.

Pendekatan yang sistematik perlu ada untuk kita membuat penilaian keatas program yang di jalankan. Postmortem perlu di buat dalam setiap perlaksanaan program cikgu. Supaya perancangan pada masa akan datang akan mampu mencapai KPI yang ditetapkan oleh kementerian dan juga sekolah.

KPI Kementerian ialah 60:40 bagi pelajar aliran sains. KPI Menteri ialah sekolah berada pada tangga 100 sekolah berprestasi tinggi. KPI sekolah adalah GP 3 untuk subjek Sains dan Matematik. Inilah sasaran kita.Jadi untuk pastikan kita dapat mencapai sasran tersebut, perancangan yang teliti harus di buat mulai hari ini untuk sesi akan datang.

Guru-guru yang berdedikasi,
Anak-anak kita mempunyai potensi yang besar , mereka tergolong dalam kalangan pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik yang telah dibuktikan pada masa dahulu. Jangan tinggalkan ianya sebagai sejarah kejayaan!

Bimbinglah mereka dan jangan cepat berputus asa. Marilah sama-sama kita bangunkan potensi yang ada supaya mereka mendapat input yang maksimum agar mereka dapat memberikan output yang terbaik.Olah itu jangan kita tinggalkan PIPP dalam setiap program yang dilaksanakan.
Rujuk
http://www.prestariang.com.my/resource_centre/PIPP/2007ppp_12_ringkasan.pdf

Teras 1 : Membina Negara Bangsa
Teras kedua : Membangunkan Modal Insan
Teras 3 : Memperkasakan sekolah kebangsaan
Teras 4 : Merapatkan jurang pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan Profesyen Keguruan
Teras 6 : Melonjakkan Institusi Pendidikan

Guru-guru perlu bersikap optimis dan sentiasa yakin dengan kebolehan diri untuk membimbing anak didik hingga mencapai kejayaan ke menara gading. Ini semuanya boleh di capai jika guru prihatin tentang keperluan pelajar.

Pelajar kita adalah tergolong dalam kalangan pelajar yang bagus dan boleh diajar. Maka gilaplah permata ini agar ianya sentiasa bersinar. Untuk kita kembalikan sinarnya maka orang yang lebih dewasa perlu memberi tips dan petua yang positif. Sinaran yang terpancar dari dalam merupakan sinar yang paling cantik sepertimana sinar berlian yang di sebabkan oleh pantulan dalam penuh.

Program yang pertama perlu kita terapkan ialah motivasi dalaman agar kesedaran yang lahir dari sanubarinya akan melengkapkan sahsiahnya dan melahirkan insan yang mempunyai jatidiri dan patriotisma yang tinggi.Program yang melibatkan pembangunan modal insan harus di jadikan teras kecemerlangan.Dalam program pemerkasaan pelajar , mereka harusalah di beri kemudahan dan di lengkapkan dengan kemahiran soft skill agar mereka mampu bersaing dalam dunia serba moden.Perkembangan ICT dan pendekatan yang lebih dinamik dapat melonjakkan kecemerlangan pelajar. Pelajar yang holistik boleh di bentuk sekiranya acuan yang di berikan kena pada tempatnya. Guru-guru juga merupakan icon yang sentiasa menjadi tontonan pelajar. Sikap cintakan ilmu dan sentiasa berusaha meninggikan keupayaan diri bakal memertabatkan profeyen perguruan.Maka jadilah guru yang cemerlang dunia dan akhirat.

Jangan lupa kita akan berjumpa pada hari jumaat selepas rehat dan mesyuarat guru pada sebelah petangnya...Selamat Bersidang.
Agenda Mesyuarat Bidang:
Laporan tahunan Program Panitia
Agihan tugasan guru Matapelajaran
Perancangan 2010
Belanjawan 2010
Hal-hal lain.

Thursday, October 1, 2009

lonjakan prestasi

Salam

Semua pelajar berpeluang meraih Anugerah bagi lonjakan prestasi sekiranya keputusan dan pencapaian matapelajaran sains dan matematik mencapai tahap yang memuaskan.

Pelajar yang lemah dan dapat meningkatkan gred matapelajaran tersebut bolehlah di kategorikan sebagai lonjakan prestasi.Jika sekiranya tiada perubahan gred maka prestasi adalah di kekalkan.

Semua guru boleh menyemak status pelajar masing-masing. Semuga ini dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar. Terutama untuk pelajar tingkatan 4.

Kelas Integrasi, prep malam telah bermula . Pelajar akan di bekalkan dengan modul untuk prep malam.