CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Wednesday, December 30, 2009

Bench Marking ke Sarawak/ Lawatan kerja sehari

Salam
Pada28 dan 29 Disember yang lepas, satu pasukan sekolah telah hadir untuk lawatan kerja sehari di Sarawak.
Lawatan kerja sehari ke Sarawak bersama Pengetua, PK koko , Guru Cemerlang, Ketua bidang dan juga Ketua Panitia.Mereka yang terpilih adalah Tn Hj Arshad, En Mohd Zin,Pn Hjh Minah Ahmad,Pn Azizah Mohd, En Nor Affendy dan juga Pn Norizan.

Lawatan yang padat dari mula kami sampai ke Sarawak hinggalah kami kembali ke Semenanjung. Alhamdulillah walaupun dalam masa yang singkat , kami dapat bertamu ke dua buah sekolah Teknik iaitu SMT Sejingkat dan juga SMT Matang. Walaupun bukan dalam kalangan top 10 list, namun ada beberapa program dan strategi dapat di kenalpasti .

Program Penambahbaikan yang di cadangkan:-

1. Memberi ruang kepada pelajar meningkatkan 10 % markah ko-ko melalui perkongsian bijak
dalam mengagihkan tugasan dan aktiviti pelajar.
Semua pelajar di beri ruang untuk mempengerusikan aktiviti dan juga program anjuran Kelab,Persatuan dan juga Badan beruniform.
2. Menyertai bersama setiap aktiviti anjuran Jabatan, kementerian dan juga sekolah-sekolah lain. Ini adalah sebagai pendedahan kepada guru dan pelajar.
3. Setiap aktiviti yang di jalankan di dokumentasikan dan di pamer untuk rujukan kepada yang lain.Pemantauan hendaklah di buat oleh guru yang berkenaan. Bahan yang di buat senang di akses
4. Kerja sebagai satu pasukan tanpa memisahkan antara satu sama lain dan terpancar-pancar.Fokus apa yang kita ingin capai.Buat secara berterusan dan setiap kali mesti ada penambahbaikan. Ambil kira post mortem yang di buat. Hormat keputusan yang telah di persetujui bersama.Beri peluang semua guru menunjukkan kebolehan mereka dan beri sokongan dan kepercayaan.

Penerangan yang di kongsikan oleh Tn Munap sangat baik dan tampak kejernihan wajah dan keikhlasan beliau dalam menyampaikan amanat dan nasihatnya kepada semua guru. Beliau juga menambah , kita jangan mengharapkan kejayaan semata-mata , jika ada peningkatan dan penambahbaikan itu yang terbaik.

YANG BERAT SAMA DIPIKUL, YANG RINGAN SAMA DI JINJING
HATI KUMAN SAMA DI CICAH , HATI GAJAH SAMA DILAPAH.
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG , BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT.

AMANAH DIPIKUL , AMAL TERKUMPUL , DAKWAH DI SUSUL

Wednesday, December 2, 2009

Paper PHYSICS

Salam
Semua pelajar sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan jawapan bagi kertas 2 masa artikel ini di tulis.
Kertas 1 Physics tahun ini agak mudah. Konsep utama dan pengiraan yang mudah di tanyakan dalam soalan kertas 1 . Pelajar nampak ceria. Untuk subjek lain mungkin begitu?

Walau apapun pelajar , apa yang telah di pelajari mestilah di manfaatkan sebaiknya. Ini merupakan satu medan untuk kamu menguji tahap kefahaman kamu. Jika semua konsep dan cara yang diajarkan oleh guru baik di kelas di seminar atau tips akhir, maka hendaklah di manfaatkan sebaik mungkin. Keberkatan ilmu atas redha Ibu bapa dan Restu Guru. Semua usaha telah dijalankan dan doa dip[anjatkan. Bertawakkallah kepada Allah AzzaWajallah agar ia membimbing kita dan sentisa memberikan taufik dan hidayahnya.

Perjuangan belum selesai. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama.
Syabas anda telah mulakan langkah yang pertama untuk menuju kejayaan.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.SELAMAT MAJU JAYA.
SEMUGA SEGALA USAHA AKAN DIBERKATI ALLAH