CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Wednesday, September 2, 2009

jualan baju sekolah

salam

adalagi tak yang nak order? tarikh tutup 30hb ogos!!!!!!

Ramadhan Kareem

Hari ini telah 13 hari kita berpuasa. 4 hari bermula persekolahan penggal kedua. Pelajar Tingkatan 5 sedang berperang dengan killer subject pada minggu ini.

Dalam keberkatan Ramadhan ada pertolongan Allah yang mana kita tidak menyedarinya. Pelajar diberi kekuatan dengan amal yang solih. Tarawih dan tahajjud merupakan bekalan ampuh untuk menghadapi peperangan ini .Sebagaimana sahabat Rasulullah apabila ada panggilan Jihad mereka tidak tidur pada malam hari dan mengerjakan solat tahajjud bagi kekuatan diri.

Dikesempatan pagi semasa rehat pelajar bolehlah melaksanakan solat sunat dhuha selepas tadarus atau semasa rehat.Santapan rohani ini penting untuk kita mendidik hati dan nurani supaya memiliki sifat mahmudah, tidak emosi, bertimbang rasa, tidak zalim dan berlaku adil antara kita.Jauhilah sifat mazmunah yang sentiasa menghantui diri kita disebabkan nafsu amarah yang memuncak. Walaupun iblis dan syaitan telah di belenggu namun syaitan bermaharaja lela dalam diri kita tidak dapat di kawal.Mujahadah dengan nafsu dalam diri adalah musuh yang sukar di kawal kecuali dengan iman dan taqwa.

Jadikan madrasah Ramadhan sebagai temapat kita muhasabah diri dan mentarbiyah diri menjadi manusia yang lebih baik.Semuga segala amal menjadi ibadah.

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL KAREEM.

Ramadhan... hadirmu di nanti ... pemergianmu di tangisi....
Carilah lailatul qadar pada 10 malam terakhir.....................

Monday, August 10, 2009

PROGRAM BERLIAN

6 OGOS merupakan majlis penutup program berlian Zon Negeri Sembilan Melaka.Pengetua, Tn Hj Arshad merupakan pengerusi Zon. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta Berlian yang telah menaikkan nama sekolah dalam subjek BI dan Matematik Tambahan.Pelajar tersebut ialah Haris dan Syazwan.

Kepada pelajar berlian yang lain juga di ucapkan tahniah atas komitmen anda dalam menjayakan Program Peringkat Zon.Apayang boleh anda sumbangkan ialah memberikan ilmu yang anda dapati dengan perkongsian bersama rakan anda dalam TEAM dan juga dalam program Gerak gempur pada bulan Oktober nanti.Semuga ilmu yang di kongsikan bersama rakan lebih keberkatannya

Marilah kita belajar untuk menjadi insan yang dermawan. Infaqkan sebahagian harta anda maka harta yang di infaqkan itulah saham anda di akhirat kelak.Jom kita berlumba-lumba mengumpulkan saham akhirat agar keuntungan nya dapat kita kecapai di akhirat nanti.......

ORANG YANG BIJAKSANA ADALAH ORANG YANG SENTIASA MENGINGATI MATI

Keputusan pencapaian PPT Subjek Maths dan Science

Kepada semua ahli Panitia

SILA AMBIL PERHATIAN

Target untuk subjek Matematik tambahan, Fizik dan Kimia ialah GP 3.0. Bagi Matematik ialah GP1.5 .

Dalam mesyuarat post mortem yang lepas cadangan untuk setiap pelajar mengikut tahap pencapaian hendaklah di teliti.Pastikan semua pelajar dapat menguasai matapelajaran dengan baik. Ulangkaji terancang perlu dilaksanakan. Prep malam berfokus telah berjalan. Panitia perlu memantau setiap kelas untuk pastikan semua kelas telah mencapai maksimum input.Jika perlu minta guru yang berkaitan memberikan kelas tambahan pada waktu di luar P&P sebagai langkah membimbing pelajar secara personel.

Selain dari usaha dalam meningkatkan matapelajaran, pelajar juga perlu di beri santapan rohani agar mereka dapat membersihkan diri dari prasangka dan sikap lemah, putus asa dan malas.
Tazkirah untuk kerohanian ini perlu untuk kita betulkan niat dalam mencapai cita-cita dan kecemerlangan.

Sebagai pelajar muslim, yang paling utama adalah solat, menghormati ibubapa dan mohon restu dari mereka,menghormati guru dan minta halalkan ilmu yang diberi, memaafkan sesama sahabat supaya tidak berlaku dendam dihati. Bersihkan niat anda jangan ada niat yang tidak Ikhlas . Bahawasanya segtala sesuatu itu bermula dengan niat......

Kecemerlangan seorang pelajar bukan hanya terletak pada sekeping sijil sahaja tapi hati yang suci dan sentiasa mempamirkan akhlak mulia dan menjadi insan Rabbani.

Thursday, August 6, 2009

PELANCARAN BULAN PATRIOTISME DAN PENYAMPAIAN HADIAH SAINS DAN MATEMATIK

Pada hari Jumaat 14 Ogos 2009, penyampaian hadiah sains dan matematik , pemenang hadiah pembinaan blog akan disampaikan serentak. Semua pemenang diharap bersedia untuk menenrim,a hadiah.

Selepas penyampaian hadiah, pelancaran bulan patriotisme akan dilancarkan. Program kemerdekaan akan berlangsung sepanjang ramadhan.Pelajar tingkatan 4 akan melaksanakan program ini memandangkan pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM.

Tuesday, August 4, 2009

BENCHMARKING SMKA SHEIKH HJ ABD MALEK

Salam,

Pada 4-5 Ogos, satu lawatan benchmarking oleh SMKA Sheikh Hj Abd Malek ke SMT Tuanku Jaafar.Rombongan di ketuai oleh Cikgu Hanafi.Pelajar telah dibawa melihat beberapa aktiviti kebitaraan bolajaring dan softbol.Selepas itu pelajar telah melawat dan mendengar taklimat kebitaraan di Bilik Rekacipta dan inovasi.

Pada sebelah tengahari , lawatan sekitar projek kluster dan taman suria . Pelajar juga dibawa ke makmal Fizik untuk melihat prasarana dan berkongsi modul Fizik. Kebitaraan bagi SMKA SAMS adalah Fizik , kelas Quran dan memanah.

Pelajar juga sempat berinteraksi bersama dengan pelajar untuk melihat program IRONCAD. Saudara Nazim telah memberi tunjukajar kepada program IRONCAD.

Seramai 31 pelajar kelas untuk Kluster iaitu pelajar aliran sains pilihan pertama telah datang dan berpeluang menggunakan software IRONCAD.

Sekolah ini memilih Fizik sebagai kebitaraan kerana mereka telah dapat melahirkan pelajar cemerlang Fizik dibawah bimbingan cikgu Naomi GC Fizik. Pada tahun lepas SPM 2008 seramai 121 pelajar telah mendapat A1 dalam matapelajaran ini. Tahniah kepada sekolah rangkaian Kluster Kecemerlangan.

Guru-guru yang hadir ialah cikgu Hanafi(guru Fizik), cikgu Faizal(cikgu Bestari), Pn Rohana (guru BI)dan Pn Yusliana(Kaunselor).

Terima kasih daun keladi
Kalau sudi datanglah lagi.

Friday, July 31, 2009

Mesyuarat Guru kali ke 2

Mulai 1 Ogos jadual anjal akan berkuatkuasa seperti yang diputuskan dalam mesyuarat guru petang 31 Julai 2009.

Beberapa perkara yang disampaikan.

1.Budget penyelenggaraan komputer ialah sebanyak 1 juta. Beberapa item yang disenaraikan mempunyai had maksimum peruntukan yang disediakan untuk tujuan pembaikpulih.
contohnya Printer RM120,PC RM 225 ,LCD RM 850,Laptop RM 375 , server RM 1500,pencetak warna RM 435. Jika duit penyelenggaraan tidak di gunakan kemungkinan tidak dapat budget yang cukup pada tahun depan.

2.Pelupusan ASET tahun 1995- komputer di makmal AutoCAD perlu di buat untuk mendapat penggantian komputer baru.Mana-mana ASET yang tidak lagi berfungsi bolehlah dibuat pelupusan dengan bantuan pegawai ASET En WCM , En Anuar dan En Mohd Zin.

Untuk makluman Cik Devi adalah juruteknik komputer. Segala Aduan kerosakan yang melibatkan peralatan PPSMI boleh menggunakan borang yang dibekalkan oleh Time System.

3. ABM hanya akan di hantar pada bulan Oktober , mulai sekarang segala keperluan yang melibatkan ASET boleh disenarai dan di hantar kepada ketua Bidang untuk permohonan ABM pada tahun hadapan.

4. Jadual anjal mengikut set yang disediakan oleh pihak kurikulum dan dilaksanakan dalam P&P untuk ulangkaji. Pelajar akan disediakan Modul Ulangkaji oleh ketua Panitia.

5. Prep malam berfokus untuk semua kelas tingkatan 4 dan 5 . Jadual disediakan oleh JK guru Cemerlang.

6. Ko-ko dan lapuran berkaitan mestilah di kemaskini dan dihantar untuk penilaian. Makluman kepada semua guru penasihat

7. HEM meminta guru TG 5 meyediakan testimonial dan surat Akuan pelajar mulai sekarang . Formatnya boleh di ambil daripada En Mohd Lutfi.

Senarai Pelajar cemerlang boleh rujuk kepada S/U Peperiksaan Pn Laila Nur Suaidah.

Akhir sekali En Anuar meyarankan guru baru dan lama hendaklah bekerja sebagai satu TEAM untuk menyelaraskan kerja yang di agihkan.

MARILAH KITA BERLAPANG DADA DALAM MENERIMA SEGALA KRITIKAN DAN TEGURAN.SESUNGGUHNYA SEGALA KERJA YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS ADALAH IBADAH.

DIAMBANG RAMADHAN MARILAH KITA SEMARAKKAN RAMADHAN KALI INI DENGAN AMAL KEBAJIKAN . MUNGKINKAH KITA BERJUMPA PADA RAMADHAN AKAN DATANG?