CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Friday, July 31, 2009

Mesyuarat Guru kali ke 2

Mulai 1 Ogos jadual anjal akan berkuatkuasa seperti yang diputuskan dalam mesyuarat guru petang 31 Julai 2009.

Beberapa perkara yang disampaikan.

1.Budget penyelenggaraan komputer ialah sebanyak 1 juta. Beberapa item yang disenaraikan mempunyai had maksimum peruntukan yang disediakan untuk tujuan pembaikpulih.
contohnya Printer RM120,PC RM 225 ,LCD RM 850,Laptop RM 375 , server RM 1500,pencetak warna RM 435. Jika duit penyelenggaraan tidak di gunakan kemungkinan tidak dapat budget yang cukup pada tahun depan.

2.Pelupusan ASET tahun 1995- komputer di makmal AutoCAD perlu di buat untuk mendapat penggantian komputer baru.Mana-mana ASET yang tidak lagi berfungsi bolehlah dibuat pelupusan dengan bantuan pegawai ASET En WCM , En Anuar dan En Mohd Zin.

Untuk makluman Cik Devi adalah juruteknik komputer. Segala Aduan kerosakan yang melibatkan peralatan PPSMI boleh menggunakan borang yang dibekalkan oleh Time System.

3. ABM hanya akan di hantar pada bulan Oktober , mulai sekarang segala keperluan yang melibatkan ASET boleh disenarai dan di hantar kepada ketua Bidang untuk permohonan ABM pada tahun hadapan.

4. Jadual anjal mengikut set yang disediakan oleh pihak kurikulum dan dilaksanakan dalam P&P untuk ulangkaji. Pelajar akan disediakan Modul Ulangkaji oleh ketua Panitia.

5. Prep malam berfokus untuk semua kelas tingkatan 4 dan 5 . Jadual disediakan oleh JK guru Cemerlang.

6. Ko-ko dan lapuran berkaitan mestilah di kemaskini dan dihantar untuk penilaian. Makluman kepada semua guru penasihat

7. HEM meminta guru TG 5 meyediakan testimonial dan surat Akuan pelajar mulai sekarang . Formatnya boleh di ambil daripada En Mohd Lutfi.

Senarai Pelajar cemerlang boleh rujuk kepada S/U Peperiksaan Pn Laila Nur Suaidah.

Akhir sekali En Anuar meyarankan guru baru dan lama hendaklah bekerja sebagai satu TEAM untuk menyelaraskan kerja yang di agihkan.

MARILAH KITA BERLAPANG DADA DALAM MENERIMA SEGALA KRITIKAN DAN TEGURAN.SESUNGGUHNYA SEGALA KERJA YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS ADALAH IBADAH.

DIAMBANG RAMADHAN MARILAH KITA SEMARAKKAN RAMADHAN KALI INI DENGAN AMAL KEBAJIKAN . MUNGKINKAH KITA BERJUMPA PADA RAMADHAN AKAN DATANG?

Thursday, July 30, 2009

Meayuarat Penggantiuan alatan makmal fizik dan kimiala

30 Julai panitia kimia dan fizik telah menghadiri mesyuarat daiatas. Semua senarai peralatan yang dikemukakan pihak PTV telah dikenalpasti dan di senaraikan dalam pembelian untuk sekolah-sekolah teknik yang akan kekal sebagai aliran teknik. Lebih 20 buah sekolah teknik akan mendapat peruntukan penggantian bahan dan alatan makmal.Peruntukan setiap sekolah ialah RM50 K.Bahan dan peralatan akan dibekalkan oleh tender Pusat. Maklumat akan dipanjangkan kepada PTV untuk di ambil Tindakan . Pegawai yang bertanggungjawab ialah En Mohd Azly.Panitia bolehlah membuat tindakan susulan atas projek ini. dan maklumkan kepada pembantu makmal dan guru-guru.Sekolah diwakili oleh Pn Norizan dan Pn Hjh Minah.

Jadual Anjal

Salam

Kepada semua ketua Panitia,
Mulai 1 Ogos jadual anjal akan di kuatkuasakan dan diminta semua panitia menyediakan program ulangkaji terancang dan modul yang selaras dengan semua kelas dan subjek masing-masing.

Pelajar hendaklah dibekalkan denngan Modul yang berkaitan dan di minta supaya semua guru dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan ulangkaji terancang ini.Soalan percubaan dari negeri lain boleh di upload dalam Blog untuk kemudahan guru dan pelajar. Semua Panitia sepatutnya telah membina blog sendiri dan juga memuatkan maklumat berkaitan dengan panitia dan tips untuk peperiksaan.

Blog ketua panitia boleh di pautkan bersama dengan blog bidang.Tarikh sebulan diberikan sejak pelancaran Bulan Sains dan Matematik sepatutnya dijadikan sebagai benchmark untuk kita menyahut cabaran glokal ini.

Koleksi soalan untuk bidang sains boleh juga di upload kedalam Blog soalan dibawah:

http//sainsilmuttj.blogspot.com

Ketua panitia hemndaklah memberikan garispanduan perlaksanaan panitia mereka kepada ahli dibawahnya.

Guru-guru diagihkan mengikut kebijaksanaan panitia untuk membolehkan perlaksanaan jadual anjal di laksanakan dengan jayanya.

Terima kasih kepada Panitia yang telah membina blog dan juga mwnyalurkan maklumat berkaitan dengan panitia masing-masing .

Tahniah juga diucapkan kepada semua panitia yang telah merancang Kem hujung minggu bersama dengan pelajar dan juga menyahut cabaran pihak pengurusan dalam mempastikan anak-anak kita mendapat bimbingan yang sewajarnya dalam menghadapi SPM pada tahun ini.

Panitia bolehlah membuat kertas kerja untuk memberi kebajikan kepada pelajar untuk pembangunan minda mereka dan juga pembangunan fizikal mereka iaitu dengan membekalkan makanan berkhasiat seperti kismis dan kurma . Peruntukan untuk pembelian makanan sihat untuk pelajar boleh di salurkan kepada PIBG dan sekolah.(mesyuarat minggu hadapan)

Disamping itu dapatlah kita menyemarakkan sambutan ramadhan ini dengan program cintakan ilmu seperti Kem hujung minggu sambil membekalkan makanan berkhasiat untuk bekalan tenaga pelajar yang akan menghadapi peperiksaan dalam bulan ramadhan.

Akhir kata Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Semuga Ramadhan tahun ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin InsyaAllah.

Sunday, July 26, 2009

Laporan Bench Marking SASER

Saudara Amir Nabil talah memberikan input tentang lawatan dan perkongsian selama seminggu di SASER. Satu perkongsian yang baik dan boleh di ikuti oleh setiap pelajar.Terutama dari segi Sikap Belajar.

  • Tips sikap belajar mereka sentiasa fokus dan tidak tidur semasa P&P
  • Restu guru setiap kali mereka habis kelas dan budaya bersalaman dan juga mengucapkan terikma kasih sambil berkata "Cikgu halalkan ilmu yang cikgu berikan kepada kami dan doakan akan kejayaan kami"
  • Pelajar juga tidak malu bertanya walaupun soalan yang senang.
  • menghargai masa walaupun tanpa pemantauan guru
  • menyiapkan segala tugasan yang diberi
  • menyusun masa dan mengulangkaji dengan kumpulan study mereka.

Pengetua telah memberikan sedikit panduan untuk Prep Pelajar Asrama

Pelajar boleh mengulangkaji pada pukul 8.15 dan bersama study groups hingga pukul 10.30 malam .Pelajar luar juga di galakkan study bersama dengan group study. Kumpulan TEAMS untuk subjek Maths dan Sciences bolehlah menggunakan group yang sedia ada untuk perlaksanaan study group ini.

PELAJAR Asrama di kehendaki mengerjakan solat hajat setiap hari selepas solat maghrib.Prep Asrama bermula pada pukul 8.15 malam . Tahniah kepada pihak pengurusan yang begitu prihatin untuk kemajuan pelajar.

Pelajar asrama Tingkatan lima dibenarkan belajar sehingga ke pukul 12.30 malam selepas solat isyak pukul 11.00 malam dan prep di Dorm masing-masing.

Pelajar hendaklah menggunakan segala peluang yang telah diberikan demi kebaikan semua.Peluang mingkin datang sekali bukan sebaliknya.

Perlaksanaan Jadual Anjal bermula dari 1 Ogos hingga selepas peperiksaan percubaan. Ketua Panitia di kehendaki mengadakan Modul bagi setiap subjek sebagai latihan kepada pelajar.Modul boleh di cetak di luar dan claim boleh di buat mengikut peruntukan PCG.

Tahiniah juga di ucapkan kepada pelajar tingkatan 4 kerana telah mencapai keputusan yang baik berbanding dengan pelajar tingkatan 4 tahun lepas da;lam peperikasan yang sama iaitu PPT.

Ucapan dan Taklimat Pengetua

27 Julai 2009 perhimpunan rasmi SMTTJ menyaksikan beberapa aktiviti rutin berlaku. Antaranya adalah pencapaian pelajar dalam ko-kurikulum. Dimaklumkan pelajar mencapai kejayaan dalam bolajaring terbuka anjuran USIM dengan kedudukan tempat ke 4 bertaraf kebangsaan menurut KPI.

Peserta Nasyid SMTTJ telah mencapai kejayaan peringkat negeri dengan kedudukan ke 3 dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri.Ini juga satu pencapaian dalam KPI.

Kejayaan Silat pada peringkat Negeri juga amat membanggakan. Wakil Silat telah mempersembahkan kepakaran mereka di hadapan tetamu PKS dari SMK Datuk Abd Rahman Andak.

Wednesday, July 22, 2009

Ceramah Membina Jati Diri Saintis Wanita

Aktiviti bulan Sains pada minggu ini adalah ceramah tentang jatidiri saintis wanita .Ceramah telah disampaikan oleh Cik Roha Hassan , Pegawai Kualiti Geoinfo Services Kuala Lumpur.Beliau telah menekankan kepada pelajar supaya menanamkan sifat sifat yang baik dan menjaga akhlak baik sebagai pelajar, penjawat jawatan awam,isteri dan ibu. Dengan adanya jatidiri yang kental seseorang itu akan dapat mengawal dirinya dari terjebak dalam perkara mungkar dan maksiat.

Ramai remaja pada hari ini gagal kerana tidak dapat bezakan antara cita-cita dan CINTA.Dalam ceramah beliau telah menceritakan pelbagai cerita Cinta yang akhirnya membawa padah.Realiti Remaja masakini memaparkan para remaja yang hilang jatidiri. tidak dapt membezakan yang baik dan buruk, membelakangkan adab sopan dan lagi teruk tidak berpegang kepada ajaran agama.Hatta tidak tahu HALAL dan HARAM.

Remaja juga didedahkan kepada akibat daripada perbuatan haram dan gejala penyakit berjangkit akibat CINTA tanpa nikah.Seterusnya kepada gejala pembuangan bayi dan pengguguran yang berleluasa.

Bagi mencapai impian dan cita-cita pelajar di ingatkan untuk menjaga adab dan pergaulan . Mengutamakan Cita-cita dari cinta.Memberikan tafsiran CINTA yang sejati adalah cinta kepada Allah,Rasul dan Ibu ayah.

Akhirkata sekiranya anda igin menjadi saintis yang berjaya adakah anda hanya perlu mengikut orang atau memimpin masyarakat?
Andaikan anda berada didalam kapalterbang....do you want to be a pilot or just a passenger?FIKIR-FIKIRKANLAH

Pertandaingan MATHSCIENCECOMP di Politeknik

Panitia Fizik dan Kelab rekacipta

Sila bantu En Amran dan En Norsheila untuk persediaan pertandingan Mathscience Comp di Politeknik pada bulan Ogos ini.Cikgu Alias dan Cikgu Azlinda hulurkan bantuan anda.
Ahli Kelab juga di minta berhubung dengan guru kelab R/C untuk jemputan ke Karnival Sains /Robotik di Politeknik pada pertengahan bulan Ogos. Cikgu Fauziah dan Cikgu Iskandar mungkin boleh bantu.