CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Saturday, June 26, 2010

Salam Terakhir GKMP Sains dan Matematik

Salam

Kepada semua ahli panitia sains dan matematik

Saya Pn Hjh Minah Ahmad ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya selama dibawah kepimpinan saya ada di antara ahli yang ditegur semasa menjalankan tugasan.Saya akan menjalankan tugas PKHEM dan tempat saya akan diambil alih oleh Pn Siti Norbaya Binti Brahan.

Target kita masih jauh lagi dan diharap cikgu dapat memenuhi KPI yang telah disasarkan iaitu
GPS 3 bagi matapelajaran sains dan matematik. Semua program yang dirancang boleh diteruskan seperti yang telah di bincangkan dalam SKT

Selamat Maju Jaya

Sunday, May 30, 2010

Pengetua Perempuan Pertama dalam sejarah SMT Tuanku Jaafar

Salam

Perhimpunan hari ini memaklumkan kehadiran pengganti bagi Pengetua SMT Tuanku Jaafar ialah Pn Noraziah . Beliau akan berpindah ke kuartes pengetua pada 7 dan 8 hb Jun. Mula bertugas pada 14 hb Jun 2010.
Semuga beliau dapat membawa sinar baru bagi pendidikan teknikal. Sentuhan seorang wanita yang lebih bersifat keibuan akan membimbing anak didik SMTTJ ke mercu kejayaan. Didoakan SMTTJ akan terus maju di masa akan datang.

Dimana bumi di pijak , di situ langit di junjung.
Teknologi asas kemajuan.

Sunday, May 23, 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Guru
Masihkah kau ingat
Kata-kata keramat
Berburu kepadang datar
Mendapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagaikan bunga kembang tak jadi
Guru
Pasti kau punya visi dan misi
Membentuk insane yang punya jati diri
Dedikasi dan komitmen yang tinggi
Justifikasi kecemerlangan diri
Semangat setiakawan,menuju kejayaan
Pembakar obor pendidikan berkualiti
Kearah Sekolah Berprestasi Tinggi


Guru
Masihkah kau ingat
Kata-kata keramat
Berburu kepadang datar
Mendapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagaikan bunga kembang tak jadi


Guru
Impian pasti menjadi kenyataan
Tingkatkan ilmu dan kemahiran
Mendidiklah penuh keikhlasan
Akhlak dan budi pekertimu menjadi suri teladan
Guru
Baiah mu sejak dari azali
Membimbing kearah mengembang potensi diri
Teruji ,diuji denganrefleksi diri
Kearah pendidikan berkualiti


Masihkah kau ingat
Kata-kata keramat
Berburu kepadang datar
Mendapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagaikan bunga kembang tak jadi

Guru
Bila masyarakat menuding jari
Anak didik mu tidak menjadi
Masihkah kau berdiam diri
Pasrah pada ketentuan Ilahi?

Guru
Masihkah kau ingat
Kata-kata keramat
Berburu kepadang datar
Mendapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagaikan bunga kembang tak jadi

Guru
Pasti itu bukan naluri hati
Membiar kemungkaran disana sini
Pasti terdetik jihad dihati
Agar kembali kefitrah suci


Pemuda pemudi ,Ibu pertiwi…
Kasih kami bagai Murabbi
Pengganti ibubapa sejati
Resah gelisah sama dikongsi
Menyiram kasih gersang dihati
Agar kegembiraan sama di kecapi.
SALAM SAYANG DARIPADA KAMI
Usahamu tidak sia-sia
Muga diberkati sepanjang usia.
SELAMAT HARI GURU
Selesa Beach Resort :10:08 am 23 May 2010

PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN INOVASI SAINS PERINGKAT ZON NS- MELAKA

Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Peringkat Zon Negeri Sembilan Melaka telah berjalan seperti yang di rancangkan. Sebanyak lapan buah ah SMT telah mengambil bahagaian dalam pertandingan solar dan juga robotik.
Terima kasih diucapkan kepada semua sekolah yang telah memberikan penglibatan sepenuhnya dalam menghantar wakil ke peringkat Zon dalam semua pertandingan yang diadakan..Pihak penganjur juga merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil Zon Melaka dan Wakil Zon Negeri Sembilan dalam menjayakan pelaksanaan majlis penutupan dan perasmian.

Pendaftaran peserta seawal pukul 8.15 pagi. Semua peserta yang mendaftar di beri datu tag nama dan juga minuman air mineral . Peserta menunggu di dalam Dewan Tuanku Jaafar untuk sesi Taklimat Pengelola dan juga Taklimat Hakim pada pukul 9 pagi. Guru pengiring di benarkan menunggu peserta dan membantu peserta dalam pengurusan pendaftaran. Sesi Taklimat pengelola telah di sampaikan oleh Pn Hjh Minah bte Ahmad dan sesi Taklimat Hakim disampaikan oleh En Alias Bin Ali.

Pada pukul 9.30 pagi peserta dai bawa ke lokasi pertandingan mengikut kategori yang di pertandingkan. Semua peserta mendapat penerangan daripada Penyelaras setiap pertandingan. Tempat pertandingan terdiri di kendalikan oleh guru daripada SMTTJ:-

Padang Sekolah : Kategori Roket(En Au Sou Liang)
Gelanggang Bolakeranjang: Solar car race (Pn Azlindah)
Solar boat race (Pn Ruzimah)

Dewan Tuanku Jaafar : Robotik ( Pn Hjh Fauziah dan En Mohd
Lutfi Abdu Shakur)

Penghakiman telah di jalankan oleh guru –guru yang di lantik dalam kalangan guru SMT Negeri Sembilan –Melaka. Walaupun cuaca agak lembap dan matahari kurang menyinar, pertandingan solar dapat juga di jalankan dalam masa yang ditetapkan. Pertandingan roket berjalan lancar dan dibantu oleh pelajar Tingkatan 6 sebagai salah satu aktiviti orientasi pelajar Tingkatan 6 Rendah. Semua guru dan pelajar bertugas telah mendapat bekalan roti daripada Koperasi Sekolah..

Pihak SMT Dato Lela Maharaja telah membantu dalam menyediakan hadiah kepada pemenang mengikut kategori. Walaubagaimanapun ada kesilapan dari sudut teknikal dimana hadiah bagi kategori Solar car dan Solar Boat ,plaknya tidak dapat disediakan pada hari tersebut. Pihak SMT Dato Lela Maharaja telah menghantarnya pada hari Isnin 17 Mei 2010.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Zon , Tuan Hj Arshad Md Yusof. Penghargaan telah di berikan kepada semua pihak yang terlibat. Semuga usaha proaktif yang dijalankan pihak Zon akan di teruskan pada masa akan dating untuk mempastikan produk reka cipta yang berkualiti dapat di hasilkan setelah penapisan dan ujian dilaksanakan.

Berikut adalah senarai pasukan yang berjaya dalam pertandingan tersebut:
PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI PERINGKAT SMT/SMV

ZON NEGERI SEMBILAN / MELAKA

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

2010
KATEGORI

NAMA SEKOLAH


1.SOLAR BOAT RACE
1.
SMT TUANKU JAAFAR SEREMBAN
JOHAN
2.
SMT DATO LELA MAHARAJA REMBAU
NAIB JOHAN
3
SMT AMPANGAN SEREMBAN
KETIGA
2. SOLAR CAR RACE


1
SMT TUANKU JAAFAR SEREMBAN
JOHAN
2
SMT KUALA KLAWANG,JELEBU
NAIB JOHAN

3
SMT JUASSEH ,KUALA PILAH
KETIGA
3. ROBOTIK

1
SMT JUASSEH, KUALA PILAH.
JOHAN
2
SMT DATO LELA MAHARAJA REMBAU
NAIB JOHAN

3
SMT TUANKU JAAFAR,SEREMBAN
KETIGA
4. ROKET
1
SMT DATO SRI MAT ZIN
(TARGET)
JOHAN
2
SMT DATO LELA MAHARAJA
(PARACHUTE)
NAIB JOHAN

3
SMT DATO LELA MAHARAJA
(PAYLOAD)
KETIGA
5. Keseluruhan Roket

SMT DATO SRI MD ZIN, ALOR GAJAH
JOHAN

Saturday, April 17, 2010

POST Mortem SPM RESULT

Salam

Pencapaian subjek sains semakin meningkat dari tahun ketahun....Set the target...set The Goal...REACT .....

Bai'ah...

Matematik GPS 1.0
Matematik Tambahan GPS 3.0
Fizik GPS 3.0
Kimia GPS 4.0

Keseluruhan Subjek Sains GPS 2.5

OK tak?

Wednesday, March 31, 2010

Mesyuarat Kurikulum 30 Mac 2010

Mesyuarat Kurikulum kali ke 2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Semua ketua Panitia dan Ahli Mesyuarat Pengurusan telah bersama membincangkan post mortem analisis SPM dan juga analisa Ujian Selaras pertama. Banyak input yang positif telah di bincangkan. antara keputusan menarik dalam inovasi kepada peningkatan prestasi ialah:

1.Penggunaan Modul dalam P&P
2. Budaya belajar positif
3. Penyelarasan markah kerja kursus seperti kuiz, kerja rumah,Ujian selaras dan latihan dalam Modul akan diambilkira 10 % sebagai input dalam markah pertengahan dan juga akhir tahun.
4. Tiusyen terbuka hanya kepada pelajar yang memang perlu.
5. InHouse trainning bagi guru dalam panitia
6. Pemantauan dan penilaian hendaklah di pertingkatkan.
7.Peningkatan dari segi sahsiah dan disiplin dengan program motivasi dalaman.

Semua ahli Kurikulum mestilah bekerja sebagai satu team untuk menjana kecemerlangan.

KECEMERLANGAN BUKAN SATU KEBETULAN TETAPI IANYA ADALAH USAHA YANG BERTERUSAN MAKA SETIAPPROGRAM YANG DIJALANKAN HENDAKLAH ADA PENAMBAHBAIKAN.

Thursday, March 25, 2010

Lawatan Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Kluster

26 Mac 2010 ,seramai 2 orang pegawai dari Unit Kluster telah datang ke sekolah untuk memantau perkembangan sekolah kluster.Pegawai yang ditugaskan ialah Pn Jamelah Bte Mansur dan juga Pn Rosshirllyza .Pn Jamelah ialah Timbalan Pengarah manakala Pn Rosshirllyza ialah Pegawai Ko-Kurikulum . Turut serta dalam lawatan ialah En Azimi dari Unit Kluster JPNS.

Tetamu disambut dengan jamuan nasi tomato di kantin sekolah. Sesi lawatan dimulakan dengan lawatan ke bengkel Reka cipta. Pelajar kelab rekacipta telah menunjukkan beberapa projek yang di buat oleh pelajar pada tahun 2009.Tetamu juga di perkenalkan dengan perisian Ironcad oleh saudari Athirah Najwa. Ujipandu kereta solar juga telah di jalankan oleh pelajar STTJ Solar Team. Penerangan tentang model prototype kereta solar telah di buat oleh saudara Abdul Rauf dan di bantu oleh cikgu Nur Affendy . Persembahan powerpoint aktiviti reka cipta dan inovasi telah di berikan oleh cikgu Jamhuri. Selepas sesi penerangan bersama pelajar, tetamu telah di bawa ke Taman Suria dimana banyak aplikasi solar telah di bina di taman tersebut termasuklah lampu taman dan juga kincir air yang di jalankan oleh kuasa solar.

Bilik bolajaring dan bilik Elit juga menjadi tumpuan tetamu dimana Pn Faizah dan Pn Azizah telah memberikan maklumat berkaitan dengan aktiviti pelajar bolajaring dan Kelab Elit masing-masing. Tetamu tidak melepaskan peluang menjenguk asrama Puteri . Pemantauan P&P di makmal Fizikturut menjadi fokus Pn Jamelah. Beberapa orang pelajar telah ditanya tentang subjek Fizik dan kegiatan Ko-kurikulum mereka. Pn Fauziah berpeluang beramah mesra dengan Timbalan Pengarah.

Peruntukan Kluster bagi pembinaan Ruang Serbaguna di tempat letak kereta dan laluan pelajar juga mendapat pujian daripada Timbalan pengarah. Beliau menyifatkan segala peruntukan yang di salurkan kepada sekolah telah dapat di manfaatkan untuk kegunaan bersama warga SMTTJ. Tetamu akhirnya di bawa ke pejabat Pengetua untuk sesi Taklimat.