CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Wednesday, March 31, 2010

Mesyuarat Kurikulum 30 Mac 2010

Mesyuarat Kurikulum kali ke 2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Semua ketua Panitia dan Ahli Mesyuarat Pengurusan telah bersama membincangkan post mortem analisis SPM dan juga analisa Ujian Selaras pertama. Banyak input yang positif telah di bincangkan. antara keputusan menarik dalam inovasi kepada peningkatan prestasi ialah:

1.Penggunaan Modul dalam P&P
2. Budaya belajar positif
3. Penyelarasan markah kerja kursus seperti kuiz, kerja rumah,Ujian selaras dan latihan dalam Modul akan diambilkira 10 % sebagai input dalam markah pertengahan dan juga akhir tahun.
4. Tiusyen terbuka hanya kepada pelajar yang memang perlu.
5. InHouse trainning bagi guru dalam panitia
6. Pemantauan dan penilaian hendaklah di pertingkatkan.
7.Peningkatan dari segi sahsiah dan disiplin dengan program motivasi dalaman.

Semua ahli Kurikulum mestilah bekerja sebagai satu team untuk menjana kecemerlangan.

KECEMERLANGAN BUKAN SATU KEBETULAN TETAPI IANYA ADALAH USAHA YANG BERTERUSAN MAKA SETIAPPROGRAM YANG DIJALANKAN HENDAKLAH ADA PENAMBAHBAIKAN.

Thursday, March 25, 2010

Lawatan Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Kluster

26 Mac 2010 ,seramai 2 orang pegawai dari Unit Kluster telah datang ke sekolah untuk memantau perkembangan sekolah kluster.Pegawai yang ditugaskan ialah Pn Jamelah Bte Mansur dan juga Pn Rosshirllyza .Pn Jamelah ialah Timbalan Pengarah manakala Pn Rosshirllyza ialah Pegawai Ko-Kurikulum . Turut serta dalam lawatan ialah En Azimi dari Unit Kluster JPNS.

Tetamu disambut dengan jamuan nasi tomato di kantin sekolah. Sesi lawatan dimulakan dengan lawatan ke bengkel Reka cipta. Pelajar kelab rekacipta telah menunjukkan beberapa projek yang di buat oleh pelajar pada tahun 2009.Tetamu juga di perkenalkan dengan perisian Ironcad oleh saudari Athirah Najwa. Ujipandu kereta solar juga telah di jalankan oleh pelajar STTJ Solar Team. Penerangan tentang model prototype kereta solar telah di buat oleh saudara Abdul Rauf dan di bantu oleh cikgu Nur Affendy . Persembahan powerpoint aktiviti reka cipta dan inovasi telah di berikan oleh cikgu Jamhuri. Selepas sesi penerangan bersama pelajar, tetamu telah di bawa ke Taman Suria dimana banyak aplikasi solar telah di bina di taman tersebut termasuklah lampu taman dan juga kincir air yang di jalankan oleh kuasa solar.

Bilik bolajaring dan bilik Elit juga menjadi tumpuan tetamu dimana Pn Faizah dan Pn Azizah telah memberikan maklumat berkaitan dengan aktiviti pelajar bolajaring dan Kelab Elit masing-masing. Tetamu tidak melepaskan peluang menjenguk asrama Puteri . Pemantauan P&P di makmal Fizikturut menjadi fokus Pn Jamelah. Beberapa orang pelajar telah ditanya tentang subjek Fizik dan kegiatan Ko-kurikulum mereka. Pn Fauziah berpeluang beramah mesra dengan Timbalan Pengarah.

Peruntukan Kluster bagi pembinaan Ruang Serbaguna di tempat letak kereta dan laluan pelajar juga mendapat pujian daripada Timbalan pengarah. Beliau menyifatkan segala peruntukan yang di salurkan kepada sekolah telah dapat di manfaatkan untuk kegunaan bersama warga SMTTJ. Tetamu akhirnya di bawa ke pejabat Pengetua untuk sesi Taklimat.