CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Friday, July 31, 2009

Mesyuarat Guru kali ke 2

Mulai 1 Ogos jadual anjal akan berkuatkuasa seperti yang diputuskan dalam mesyuarat guru petang 31 Julai 2009.

Beberapa perkara yang disampaikan.

1.Budget penyelenggaraan komputer ialah sebanyak 1 juta. Beberapa item yang disenaraikan mempunyai had maksimum peruntukan yang disediakan untuk tujuan pembaikpulih.
contohnya Printer RM120,PC RM 225 ,LCD RM 850,Laptop RM 375 , server RM 1500,pencetak warna RM 435. Jika duit penyelenggaraan tidak di gunakan kemungkinan tidak dapat budget yang cukup pada tahun depan.

2.Pelupusan ASET tahun 1995- komputer di makmal AutoCAD perlu di buat untuk mendapat penggantian komputer baru.Mana-mana ASET yang tidak lagi berfungsi bolehlah dibuat pelupusan dengan bantuan pegawai ASET En WCM , En Anuar dan En Mohd Zin.

Untuk makluman Cik Devi adalah juruteknik komputer. Segala Aduan kerosakan yang melibatkan peralatan PPSMI boleh menggunakan borang yang dibekalkan oleh Time System.

3. ABM hanya akan di hantar pada bulan Oktober , mulai sekarang segala keperluan yang melibatkan ASET boleh disenarai dan di hantar kepada ketua Bidang untuk permohonan ABM pada tahun hadapan.

4. Jadual anjal mengikut set yang disediakan oleh pihak kurikulum dan dilaksanakan dalam P&P untuk ulangkaji. Pelajar akan disediakan Modul Ulangkaji oleh ketua Panitia.

5. Prep malam berfokus untuk semua kelas tingkatan 4 dan 5 . Jadual disediakan oleh JK guru Cemerlang.

6. Ko-ko dan lapuran berkaitan mestilah di kemaskini dan dihantar untuk penilaian. Makluman kepada semua guru penasihat

7. HEM meminta guru TG 5 meyediakan testimonial dan surat Akuan pelajar mulai sekarang . Formatnya boleh di ambil daripada En Mohd Lutfi.

Senarai Pelajar cemerlang boleh rujuk kepada S/U Peperiksaan Pn Laila Nur Suaidah.

Akhir sekali En Anuar meyarankan guru baru dan lama hendaklah bekerja sebagai satu TEAM untuk menyelaraskan kerja yang di agihkan.

MARILAH KITA BERLAPANG DADA DALAM MENERIMA SEGALA KRITIKAN DAN TEGURAN.SESUNGGUHNYA SEGALA KERJA YANG DILAKUKAN DENGAN IKHLAS ADALAH IBADAH.

DIAMBANG RAMADHAN MARILAH KITA SEMARAKKAN RAMADHAN KALI INI DENGAN AMAL KEBAJIKAN . MUNGKINKAH KITA BERJUMPA PADA RAMADHAN AKAN DATANG?

Thursday, July 30, 2009

Meayuarat Penggantiuan alatan makmal fizik dan kimiala

30 Julai panitia kimia dan fizik telah menghadiri mesyuarat daiatas. Semua senarai peralatan yang dikemukakan pihak PTV telah dikenalpasti dan di senaraikan dalam pembelian untuk sekolah-sekolah teknik yang akan kekal sebagai aliran teknik. Lebih 20 buah sekolah teknik akan mendapat peruntukan penggantian bahan dan alatan makmal.Peruntukan setiap sekolah ialah RM50 K.Bahan dan peralatan akan dibekalkan oleh tender Pusat. Maklumat akan dipanjangkan kepada PTV untuk di ambil Tindakan . Pegawai yang bertanggungjawab ialah En Mohd Azly.Panitia bolehlah membuat tindakan susulan atas projek ini. dan maklumkan kepada pembantu makmal dan guru-guru.Sekolah diwakili oleh Pn Norizan dan Pn Hjh Minah.

Jadual Anjal

Salam

Kepada semua ketua Panitia,
Mulai 1 Ogos jadual anjal akan di kuatkuasakan dan diminta semua panitia menyediakan program ulangkaji terancang dan modul yang selaras dengan semua kelas dan subjek masing-masing.

Pelajar hendaklah dibekalkan denngan Modul yang berkaitan dan di minta supaya semua guru dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan ulangkaji terancang ini.Soalan percubaan dari negeri lain boleh di upload dalam Blog untuk kemudahan guru dan pelajar. Semua Panitia sepatutnya telah membina blog sendiri dan juga memuatkan maklumat berkaitan dengan panitia dan tips untuk peperiksaan.

Blog ketua panitia boleh di pautkan bersama dengan blog bidang.Tarikh sebulan diberikan sejak pelancaran Bulan Sains dan Matematik sepatutnya dijadikan sebagai benchmark untuk kita menyahut cabaran glokal ini.

Koleksi soalan untuk bidang sains boleh juga di upload kedalam Blog soalan dibawah:

http//sainsilmuttj.blogspot.com

Ketua panitia hemndaklah memberikan garispanduan perlaksanaan panitia mereka kepada ahli dibawahnya.

Guru-guru diagihkan mengikut kebijaksanaan panitia untuk membolehkan perlaksanaan jadual anjal di laksanakan dengan jayanya.

Terima kasih kepada Panitia yang telah membina blog dan juga mwnyalurkan maklumat berkaitan dengan panitia masing-masing .

Tahniah juga diucapkan kepada semua panitia yang telah merancang Kem hujung minggu bersama dengan pelajar dan juga menyahut cabaran pihak pengurusan dalam mempastikan anak-anak kita mendapat bimbingan yang sewajarnya dalam menghadapi SPM pada tahun ini.

Panitia bolehlah membuat kertas kerja untuk memberi kebajikan kepada pelajar untuk pembangunan minda mereka dan juga pembangunan fizikal mereka iaitu dengan membekalkan makanan berkhasiat seperti kismis dan kurma . Peruntukan untuk pembelian makanan sihat untuk pelajar boleh di salurkan kepada PIBG dan sekolah.(mesyuarat minggu hadapan)

Disamping itu dapatlah kita menyemarakkan sambutan ramadhan ini dengan program cintakan ilmu seperti Kem hujung minggu sambil membekalkan makanan berkhasiat untuk bekalan tenaga pelajar yang akan menghadapi peperiksaan dalam bulan ramadhan.

Akhir kata Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Semuga Ramadhan tahun ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin InsyaAllah.

Sunday, July 26, 2009

Laporan Bench Marking SASER

Saudara Amir Nabil talah memberikan input tentang lawatan dan perkongsian selama seminggu di SASER. Satu perkongsian yang baik dan boleh di ikuti oleh setiap pelajar.Terutama dari segi Sikap Belajar.

  • Tips sikap belajar mereka sentiasa fokus dan tidak tidur semasa P&P
  • Restu guru setiap kali mereka habis kelas dan budaya bersalaman dan juga mengucapkan terikma kasih sambil berkata "Cikgu halalkan ilmu yang cikgu berikan kepada kami dan doakan akan kejayaan kami"
  • Pelajar juga tidak malu bertanya walaupun soalan yang senang.
  • menghargai masa walaupun tanpa pemantauan guru
  • menyiapkan segala tugasan yang diberi
  • menyusun masa dan mengulangkaji dengan kumpulan study mereka.

Pengetua telah memberikan sedikit panduan untuk Prep Pelajar Asrama

Pelajar boleh mengulangkaji pada pukul 8.15 dan bersama study groups hingga pukul 10.30 malam .Pelajar luar juga di galakkan study bersama dengan group study. Kumpulan TEAMS untuk subjek Maths dan Sciences bolehlah menggunakan group yang sedia ada untuk perlaksanaan study group ini.

PELAJAR Asrama di kehendaki mengerjakan solat hajat setiap hari selepas solat maghrib.Prep Asrama bermula pada pukul 8.15 malam . Tahniah kepada pihak pengurusan yang begitu prihatin untuk kemajuan pelajar.

Pelajar asrama Tingkatan lima dibenarkan belajar sehingga ke pukul 12.30 malam selepas solat isyak pukul 11.00 malam dan prep di Dorm masing-masing.

Pelajar hendaklah menggunakan segala peluang yang telah diberikan demi kebaikan semua.Peluang mingkin datang sekali bukan sebaliknya.

Perlaksanaan Jadual Anjal bermula dari 1 Ogos hingga selepas peperiksaan percubaan. Ketua Panitia di kehendaki mengadakan Modul bagi setiap subjek sebagai latihan kepada pelajar.Modul boleh di cetak di luar dan claim boleh di buat mengikut peruntukan PCG.

Tahiniah juga di ucapkan kepada pelajar tingkatan 4 kerana telah mencapai keputusan yang baik berbanding dengan pelajar tingkatan 4 tahun lepas da;lam peperikasan yang sama iaitu PPT.

Ucapan dan Taklimat Pengetua

27 Julai 2009 perhimpunan rasmi SMTTJ menyaksikan beberapa aktiviti rutin berlaku. Antaranya adalah pencapaian pelajar dalam ko-kurikulum. Dimaklumkan pelajar mencapai kejayaan dalam bolajaring terbuka anjuran USIM dengan kedudukan tempat ke 4 bertaraf kebangsaan menurut KPI.

Peserta Nasyid SMTTJ telah mencapai kejayaan peringkat negeri dengan kedudukan ke 3 dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri.Ini juga satu pencapaian dalam KPI.

Kejayaan Silat pada peringkat Negeri juga amat membanggakan. Wakil Silat telah mempersembahkan kepakaran mereka di hadapan tetamu PKS dari SMK Datuk Abd Rahman Andak.

Wednesday, July 22, 2009

Ceramah Membina Jati Diri Saintis Wanita

Aktiviti bulan Sains pada minggu ini adalah ceramah tentang jatidiri saintis wanita .Ceramah telah disampaikan oleh Cik Roha Hassan , Pegawai Kualiti Geoinfo Services Kuala Lumpur.Beliau telah menekankan kepada pelajar supaya menanamkan sifat sifat yang baik dan menjaga akhlak baik sebagai pelajar, penjawat jawatan awam,isteri dan ibu. Dengan adanya jatidiri yang kental seseorang itu akan dapat mengawal dirinya dari terjebak dalam perkara mungkar dan maksiat.

Ramai remaja pada hari ini gagal kerana tidak dapat bezakan antara cita-cita dan CINTA.Dalam ceramah beliau telah menceritakan pelbagai cerita Cinta yang akhirnya membawa padah.Realiti Remaja masakini memaparkan para remaja yang hilang jatidiri. tidak dapt membezakan yang baik dan buruk, membelakangkan adab sopan dan lagi teruk tidak berpegang kepada ajaran agama.Hatta tidak tahu HALAL dan HARAM.

Remaja juga didedahkan kepada akibat daripada perbuatan haram dan gejala penyakit berjangkit akibat CINTA tanpa nikah.Seterusnya kepada gejala pembuangan bayi dan pengguguran yang berleluasa.

Bagi mencapai impian dan cita-cita pelajar di ingatkan untuk menjaga adab dan pergaulan . Mengutamakan Cita-cita dari cinta.Memberikan tafsiran CINTA yang sejati adalah cinta kepada Allah,Rasul dan Ibu ayah.

Akhirkata sekiranya anda igin menjadi saintis yang berjaya adakah anda hanya perlu mengikut orang atau memimpin masyarakat?
Andaikan anda berada didalam kapalterbang....do you want to be a pilot or just a passenger?FIKIR-FIKIRKANLAH

Pertandaingan MATHSCIENCECOMP di Politeknik

Panitia Fizik dan Kelab rekacipta

Sila bantu En Amran dan En Norsheila untuk persediaan pertandingan Mathscience Comp di Politeknik pada bulan Ogos ini.Cikgu Alias dan Cikgu Azlinda hulurkan bantuan anda.
Ahli Kelab juga di minta berhubung dengan guru kelab R/C untuk jemputan ke Karnival Sains /Robotik di Politeknik pada pertengahan bulan Ogos. Cikgu Fauziah dan Cikgu Iskandar mungkin boleh bantu.

Mesyuarat Panitia/Bidang/Kurikulum

Ahli bidang sains dan matematik

Minggu ini merupakan minggu kurikulum. 21-23 Julai 2009 merupaka mesyuarat panitia dan bidang.Pada 24 Julai 2009 jam 3.00 ptg akan diadakan mesyuarat Kurikulum. 25 Julai adalah peningkatan professionalisme.Pada 31 Julai 2009 adalah mesyuarat guru.

Satu kalender yang sangat padat pada minggu ini. Jangan lupa tengok balik Belanjawan anda setengah tahun pertama ini.

Peruntukan kewangan bagi Fizik berbaki RM 300 , Kimia -RM 400, Matematik RM 2000 dan Matematik Tambahan RM 2900.
Tinggalkan 10 % daripada peruntukan PCG Panitia untuk tujuan P&P tahun depan

AMALKAN PERBELANJAAN BERHEMAH

Mesyuarat Kurikulum/Panitia hendaklah melihat kepada:
  • Headcount pelajar mengikut subjek/individu
  • Program /penambahbaikan program
  • Analisis dan pencapaian target keseluruhan berdasarkan peperiksaan PPT.
  • Kearah pencapaian Target BPTV GP2.5 (sasaran kita GP 2.3)Subjek M&S adalah GP 3.0

Surat panggilan mesyuarat Panitia Kimia pada 24Julai( jumaat) 8.00 pagi .Panitia Matematik juga hari jumaat24 Julai.Matematik Tambahan pada 23 Julai 2009. FIZIK???

SEMUA KETUA PANITIA DAN AHLI SILA BERI PERHATIAN...........

Blog mestilah dibaca sebagai sumber infomasi terkini berita sensasi.........

Wednesday, July 15, 2009

TERIMA KASIH CIKGU FAIZ DAN HAFIZ

Kata Cikgu Faiz....
Ini yang pening ni ...tadi Cikgu Amran suruh saya jaga Kuiz Perdana Kimia F5....Dah keluar pulak senarai tugasan telematch....pelajar F4.
Cikgu Minah dimaklumkan
Cikgu Amran sms kat cikgu Norizan tak dapat hadir ptg ni.Akhirnya cikgu Ju dan Noriza yang kena cover Kuiz Perdana untuk semua kelas.
Kesian ketua Panitia Kimia..terkejar sana sini nak menjayakan program sempena Bulan Sains dan Matematik .Mana cikgu yang lain?Boleh tolong?

Itulah senario anak buah kita dalam Bidang sains dan matematik . Ada yang relaks habis , ada yang terkejar-kejar,ada yang begitu bersungguh-sungguh nak majukan pelajar....macammanapun itu semua adalah asam garam hidup yang mencantikkan kehidupan...

"we are accomplished each other" betulke bahasa tu.... macam yang kita ajar dalam PPSMI campur aduk semua perkataan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris akhirnya anak-anak kita melopong tak tahu apa.-apa

Apo kono eeh jang kau menong aje.....sedih ke kena potong BISP? atau merano...by 2012

Walaubagaimanapun Bidang Sains mengucapkan terima kasih kepada dua orang bakal pendidik kita yang akan terjun dalam masyarakat tak lama lagi. Semuga apa yang didapati dalam masa praktikal ini akan menjadi satu kenangan indah dan pengalaman yang tak dapat di cari ditempat lain.Coz'memang tak bernafas kome kat sini....kena buli ke? Inilah keunikan SMT Tuanku Jaafar sentiasa dalam keadaan "havoc" but I like it.....

Mana-mana cikgu yang belum lagi link blog kat bidang diharap dapat berbuat demikian sebelum raye ni nanti kome tak raye tau.....tarik cuti ganti raye.

pesanan umi..... bila jumpa bonda dan ayahanda putera puteri kita cakap yang manis-manis ye jangan ngadu yang bukan-bukan...berikan galakan yang positif.. bagi harapan mak ayah .....yakinkan mereka anak-anak mereka kan berjaya dunia dan akhirat....Ameen

Selamat beramah mesra ngan ibubapa dalam PERJUMPAAN 3 Penjuru pada 17 julai 2009

Tuesday, July 14, 2009

MAKLUMAT AKADEMIK

Kepada semua Panitia

Dalam mesyuarat tidak rasmi hari Selasa beberapa ketetapan telah di putuskanoleh ahli pengurusan sekolah atas mandat PK1.

1. Perjumpaan 3 penjuru bermula pukul 8.30 pagi.Semua guru hendaklah berada dalam dewan semasa taklimat dijalankan.
2.Perjumpaan ibubapa dan guru tingkatan di dalam kelas masing-masing manakala guru yang lain berada dalam dewan.
3. Pelajar dibenarkan balik pada pukul 10.30 pagi selepas sesi temu mesra
4. Ujian selaras 2 bulan Julai ditangguh ke bulan Ogos bermula 17 dan 18 Ogos serentak dengan Peperiksaan Percubaan.
5 Mesyuarat Paniti dan Bidang adalah pada minggu hadapan iaitu 22-24 Julai.Ketua Panitia hendaklah menjemput Pengetua bersama dalam mesyuarat tersebut.Ini adalah atas permintaan Pengetua.Sila bincang bersama dengan Panitia bagi Bidang yang sama.
6Bulan Sains dan Minggu Ko-ko berjalan serentak. Diminta guru dan pelajar memberikan kerjasama dalam menjayakan Bulan Kecergasan ini.
7. Pertandingan ROBOTIK berlangsung pada 22 Julai 2009.
8. Semua Fail PEKA yang telah kemaskini hendaklah di letakkan di makmal Fizik untuk tujuan pemantauan.
9 Beberapa aktiviti yang patut dilaksanakan sila lihat jadual Bulan Sains dan Matematik.

10.Yang sangat penting semua info akan di beri pada hari khamis 2.30ptg.

Bidang SAINS dan Matematik mengajak semua ahli bersama dalam "pot luck"dimakmal Fizik pada hari khamis 17 hb Julai sempena meraikan dua guru pelatih yang akan tamat latihan disini.Juadah daripada anda dialu-alukan.

Terima kasih diucapkan kepada kedua guru tersebut. En Faiz dan En Hafiz. Semuga yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Sunday, July 12, 2009

Program motivasi kimia

Pada hari Ahad 12 Julai satu ceramah Teknik menjawab Kimia telah dijalankan di Dewan Besar Tuanku Jaafar.
Penceramah daripada Sekolah Menengah Sains Seremban , Pn Faridah telah memberi ceramah Kimia dan Teknik menjawab soalan Kimia.

Panitia kimia sila beri laporan penuh dan masukkan unsur PIPP dalam laporan anda.
Terimakasih kepada panitia kimia yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam memajukan panitia. Tahniah!

Science Show Pusat Sains Negara

Pada Bulan MEI yang lepas satu pertunjukan sains telah dijalankan oleh Pusat Sains Negara. Sekolah sekitar Negeri Sembilan telah datang ke SMT Tuanku Jaafar bagi tujuan demonstrasi Pertunjukan Sains .

Tarikh akhir bagi penyertaan pada 21 Julai 2009. Panitia Kimia dan Fizik digalakkan menyertai pertunjukan sains ini.Hadiah yang disediakan akan terus dimiliki oleh guru dan pelajar yang terlibat.

Dapatkan borang penyertaan daripada Ketua Bidang Sains dan Matematik.

Be Creative and Innovative.

PEKA SAINS

Panitia FIZIK dan KIMIA

Kemasukan markah PEKA pelajarTg 5 adalah bermula pada 15 Julai 2009. Kemasukan markah secara on line ialah bermula pada 1 Ogos 2009 .

Pemantauan dalaman akan dijalankan oleh ketua PentaksirSekolah.Pemantauan pentaksiran luar akan dijalankan sepanjang Julai.Setiap guru di kehendaki menyediakan 2 buah fail untuk disemak oleh ketua panitia bagi tujuan pemantauan.

Kerjasama semua guru amat dihargai.

Thursday, July 9, 2009

PERHIMPUNAN BULANAN

Sekolah telah mengadakan perhimpunan bulanan kali ke dua tahun ini dengan meraikan harijadi ke .... bulan mei,jun dan julai.

Dalam perhimpunan bulanan amanat telah di sampaikan oleh pengetua,
antaranya adalah Inovasi dalam pengurusan pentadbiran beliau.
1.Kunci dan ttatacara penyimpanan kunci dan penggunaan bilik-bilik serta peraturannya.
2. Pemantauan bahan , inventori dan harta modal .
3. Pelaporan Aktiviti mengikut PIPP.
4. Headcount

Benchmarking ke SASER

Pada hari Jumaat seramai enam orang guru telah melawat ke Saser.Rombongan di ketuai oleh ketua Bidang Pn Hjh Minah Ahmad.

Subjek Kimia dan Matematik menjadi tumpuan benchmarking kita pada kali ini. Panitia telah berkongsi bahan untuk di gunapakai bersama oleh p[elajarSMTTJ.

Satu Bengkel Kimia akan diadakan pada hari Ahad 12Julai 2009. Guru Kimia Cemerlang daripada SASER akan meluangkan masa untuk Teknikmenjawab dan perbengkelan kimia.
Panitia matematik juga menjemput guru Cemerlang Matematik untuk memeberi ceramah yang bertajuInovasi Matematik dalam P&P.

Modul SBP dibawa balik sebagai contoh untuk menerbitkan modul panitia mengikut subjek.Semuiga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua pelajar dan guru baru.

Selamat berjuang mendidik anak bangsa.....

Tuesday, July 7, 2009

kuiz perdana

Kuiz perdana akan dijalankan esok ,khamis 9 Julai 2009 bermula dengan matematik tambahan.Kuiz perdana Fizik pada 16 Julai 2009 dan Kuiz perdana Kimia 11 Julai 2009.

Bagaimana semua pelajar dah sediakah?
Tajuk kuiz ialah dari chapter 1 hingga tajuk elektronik bagi fizik.
Subjek lain ...macam format SPM.Semua soalan Objektif.....jawapan dah ada pilih saje...

Bagi pelajar yang telah mendaftar untuk kuiz olympiad fizik dan kimia sila buat persediaan . Dah tengok soala kuiz yang lepas ? Cuba lah jawab !cuba try test! power tak kamu!

ajk hadiah bulan sains matematik

Semua aktiviti yang dijalankan hendaklah memaklumkan jumlah hadiah yang diperlukan kepada AJK Hadiah iaitu Pn Noriza, Pn Norshela dan Pn Azlindah.Sebarang masalah sila berhubung dengan AJK.
AJK mestilah menyelaras jumlah budget hadiah dan keperluan lain dengan ketua panitia atau ketua bidang. Jika inginkan perkhidmatan koperasi untuk menyediakan hamper atau baucer sila bincang dengan guru koperasi, bendahari atau pengurus jualan.
Surat permohonan hendaklah di ajukan kepada pengerusi atau setiausaha.

Benchmarking SMT Wakaf Tembusu ke SMTTJ

Lawatan Benchmarking Wakaf Tembusu

Sesi lawatan benchmarking wakaf tembusu akan di sambut oleh PK1 dan Pn Azizah.
Bahan untuk persembahan akan disediakan oleh Pn Azizah.

Lawatan ke makmal dan kelas atau lokasi tertentu hendaklah di kenalpasti.
Semua diminta memberi kerjasama.

Lawatan Benchmarking ke SASER

10 Julai 2009 , seramai 6 orang guru akan pergi ke SASER untuk lawatan benchmarking ke sekolah cemerlang dari segi pencapaian prestasi SPM .

Apakah rahsia mereka hingga mereka meraih kecemerlangan berturut-turut sejak penubuhan SASER lima tahun terdahulu?

Jom guru Kimia dan Matematik , mari kita kongsi bersama pengalaman dan perancangan yang mereka jalankan untuk kita meraih kejayaan dalam bidang sains dan matematik ini.

Jauhkan pelajar kita daripada phobia kepada killer subjek dan bawa mereka cinta pada subjek ini....
Guru yang berminat sila beri nama kepada cikgu norizan dan cikgu amran.

Pn Azizah Mohamed akan memilih seramai 10 pelajar untuk program pertukaran pelajar dari SMTTJ Kae SASER.
pELAJAR yang berminat sila beri nama pada Pn Azizah SEBELUM HARI JUMAAT. 10 HB JULAI 2009

Sunday, July 5, 2009

Pelancaran bulansains dan matematik

Salam
Tahniah kepad AJK dan pelajar yang bersama menjayakan Pelancaran Bulan sains dan metamatik. Persembahan sketsa yang menarik dan juga persedian yang rapi dari guru SAINS DAN MATEMATIK

Ralat: oleh kerana masalah teknikal blog sains dan matematik tidak dapat di paparkan.

Ucapan Ketua Bidang

ang BerusahaPengetua SMTTJ, GPK 1, GPK HEM,Penolong kanan Ko-ko , Gpk Tg 6 , Ketua-ketua Bidang, Guru Panitia , guru-guru dan pelajar yang dikasihi sekelian.

Sempena Bulan Sains dan Matematik,iaitu sepanjang bulan Julai, saya ingin mengambil kesempatan untuk mewar-warkan aktiviti yang akan berlaku sepanjang bulan ini.Tema Bulan Sains dan Matematik ialah : Menjana Kecemerlangan TEAMS .TEAMS adalah kumpulan yang diwujudkan untuk memperkasa budaya belajar dalam kalangan pelajar dengan konsep pembelajaran kooperatif dan pembimbing rakan sebaya.TEAMS- Towards Excellent Achievement in Mathemathic and Science .

Objektif diadakan bulan ini adalah untuk menjana kecemerlangan dalam subjek sains dimana GP yang kita ingin capai adalah 3.0.Manakala pencapaian GP sekolah ialah 2.5.Bidang Sains merasakan satu usaha bersepadu perlu di jalankan untuk menggembeling tenaga pengajar dan juga memperkasakan usaha secara pemuafakatan dijalankan bagi menyuntik semangat dan budaya belajar untuk menjana kecemerlangan.Dua program utama sepanjang bulan ini adalah :Kuiz Marathon(Tg 5) dan Kembara Ilmu (Tg 4)Beberapa aktiviti lain yang dijalankan sepanjang bulan ini adalah Kuiz Olympiad Kebangsaan Kimia dan Fizik,Ceramah Teknik Menjawab Matematik,Ceramah Menjana Sainstis Wanita Cemerlang , Program Belian Fizik dan Matematik Tambahan .

Sempena Bulan Sains Matematik juga, kami mengambil kesempatan menjayakan program yang dijalankan oleh PSS untuk menggalakkan pembinaan blog warga STTJ. Oleh itu pelancaran Blog bidangsainsdanmatematik.blogspot.com akan dirasmikan oleh Pengetua .Blog ini akan dipaut bersama dengan Blog guru dalam bidang sains dan matematik.Inisiatif ini dijalankan untuk menggalakkan para guru dan pelajar dengan budayakan ICT seterusnya merapatkan jurang pendidikan sepertimana yang di sebut dalam teras 3 dalam PIPP .Dengan pelancaran blog ini semua maklumat dapat dikongsi bersama dan disalurkan melalui rangkaian maya .

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah dan akan menjayakan Misi dan Visi SMTTJ sebagai sekolah kluster kecemerlangan dan menjayakan kecemerlangan kebitaraan menjelang 2012 .Sekian saya sudahi dengan wabilahitaufikwalhidayah wasalamualaikumw.wb.

Wednesday, July 1, 2009

Pemantauan ASET

Kepada semua ketua panitia dan ketua unit,

Rondaan pemantauan akan dijalankan sepanjang Julai oleh pengurusan sekolah.Tuan/puan dikehendaki mengambil tindakan terhadap perkara berikut:

1. Mengemaskini Senarai inventori dan Harta Modal.
2. Mengemaskini bilik dan lokasi tempat simpanan bahan dan inventori
3. Menceriakan bilik dan maklumat berkaitan dengan MISI dan VISI
4. Mempastikan laluan keselamatan semasa kecemasan terpapar di setiap lokasi/makmal
5. Penyimpanan dokumen dan Fail yang berkaitan.

Semua Aset akan di kumpulkan di stor pusat. Sila hantar maklumat asli di stor dan salinan disimpan untuk rujukan tuan/puan.

Semua panitia dan bahagaian yang berkaitan hendaklah mempastikan program dan perbelanjaan yang di cadangkan atau digunakan dilaporkan dalam fail panitia dan salinan lengkap hasil program dan penambahbaikan hendaklah di hantar kepada ketua bidang .Laporan ringkas aktiviti di laporkan kebahgian Pusat Sumber dan salinannya ke Jawatankuasa PIPP sekolah Cik Hjh Azizah Abd Rahman.

Kerjasama pihak tuan/puan dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah.

Aktiviti Bulan Sains dan Matematik

Sepanjang bulan Jualai merupakan bulan Sains dan Matematik bagi Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban.

Tema:Menjana Kecemerlangan TEAMS SMTTJ

Aktiviti utama : Kuiz Marathon (PelajarTingkatan 5)
: Kembara Ilmu (PelajarTingkatan 4)
Pelancaran Bulan Sains Matematik pada 6 Julai 2009

Persembahan Sketsa Mengapai Impian? akan dijalankan dengan pelakon utamanya........

Senarai AJK akan di ketahui dalam minggu ini.Semua guru sains dan matematik diminta memberikan kerjasama untuk menjayakan aktiviti dalam bulan ini.

Beberapa aktiviti yang akan berlangsung adalah:
1. Kuiz Marathon
2. Kembara Ilmu
3. Kuiz Olympiad Kimia
4. Kuiz Olympiad Fizik
5. Program Belian Matematik Tambahan dan Fizik
6.Teknik menjawab Matematik
7. Benchmarking Guru Sains Matematik

Teknologi Asas Kemajuan.