CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Sunday, May 23, 2010

PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN INOVASI SAINS PERINGKAT ZON NS- MELAKA

Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Peringkat Zon Negeri Sembilan Melaka telah berjalan seperti yang di rancangkan. Sebanyak lapan buah ah SMT telah mengambil bahagaian dalam pertandingan solar dan juga robotik.
Terima kasih diucapkan kepada semua sekolah yang telah memberikan penglibatan sepenuhnya dalam menghantar wakil ke peringkat Zon dalam semua pertandingan yang diadakan..Pihak penganjur juga merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil Zon Melaka dan Wakil Zon Negeri Sembilan dalam menjayakan pelaksanaan majlis penutupan dan perasmian.

Pendaftaran peserta seawal pukul 8.15 pagi. Semua peserta yang mendaftar di beri datu tag nama dan juga minuman air mineral . Peserta menunggu di dalam Dewan Tuanku Jaafar untuk sesi Taklimat Pengelola dan juga Taklimat Hakim pada pukul 9 pagi. Guru pengiring di benarkan menunggu peserta dan membantu peserta dalam pengurusan pendaftaran. Sesi Taklimat pengelola telah di sampaikan oleh Pn Hjh Minah bte Ahmad dan sesi Taklimat Hakim disampaikan oleh En Alias Bin Ali.

Pada pukul 9.30 pagi peserta dai bawa ke lokasi pertandingan mengikut kategori yang di pertandingkan. Semua peserta mendapat penerangan daripada Penyelaras setiap pertandingan. Tempat pertandingan terdiri di kendalikan oleh guru daripada SMTTJ:-

Padang Sekolah : Kategori Roket(En Au Sou Liang)
Gelanggang Bolakeranjang: Solar car race (Pn Azlindah)
Solar boat race (Pn Ruzimah)

Dewan Tuanku Jaafar : Robotik ( Pn Hjh Fauziah dan En Mohd
Lutfi Abdu Shakur)

Penghakiman telah di jalankan oleh guru –guru yang di lantik dalam kalangan guru SMT Negeri Sembilan –Melaka. Walaupun cuaca agak lembap dan matahari kurang menyinar, pertandingan solar dapat juga di jalankan dalam masa yang ditetapkan. Pertandingan roket berjalan lancar dan dibantu oleh pelajar Tingkatan 6 sebagai salah satu aktiviti orientasi pelajar Tingkatan 6 Rendah. Semua guru dan pelajar bertugas telah mendapat bekalan roti daripada Koperasi Sekolah..

Pihak SMT Dato Lela Maharaja telah membantu dalam menyediakan hadiah kepada pemenang mengikut kategori. Walaubagaimanapun ada kesilapan dari sudut teknikal dimana hadiah bagi kategori Solar car dan Solar Boat ,plaknya tidak dapat disediakan pada hari tersebut. Pihak SMT Dato Lela Maharaja telah menghantarnya pada hari Isnin 17 Mei 2010.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Zon , Tuan Hj Arshad Md Yusof. Penghargaan telah di berikan kepada semua pihak yang terlibat. Semuga usaha proaktif yang dijalankan pihak Zon akan di teruskan pada masa akan dating untuk mempastikan produk reka cipta yang berkualiti dapat di hasilkan setelah penapisan dan ujian dilaksanakan.

Berikut adalah senarai pasukan yang berjaya dalam pertandingan tersebut:
PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI PERINGKAT SMT/SMV

ZON NEGERI SEMBILAN / MELAKA

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

2010
KATEGORI

NAMA SEKOLAH


1.SOLAR BOAT RACE
1.
SMT TUANKU JAAFAR SEREMBAN
JOHAN
2.
SMT DATO LELA MAHARAJA REMBAU
NAIB JOHAN
3
SMT AMPANGAN SEREMBAN
KETIGA
2. SOLAR CAR RACE


1
SMT TUANKU JAAFAR SEREMBAN
JOHAN
2
SMT KUALA KLAWANG,JELEBU
NAIB JOHAN

3
SMT JUASSEH ,KUALA PILAH
KETIGA
3. ROBOTIK

1
SMT JUASSEH, KUALA PILAH.
JOHAN
2
SMT DATO LELA MAHARAJA REMBAU
NAIB JOHAN

3
SMT TUANKU JAAFAR,SEREMBAN
KETIGA
4. ROKET
1
SMT DATO SRI MAT ZIN
(TARGET)
JOHAN
2
SMT DATO LELA MAHARAJA
(PARACHUTE)
NAIB JOHAN

3
SMT DATO LELA MAHARAJA
(PAYLOAD)
KETIGA
5. Keseluruhan Roket

SMT DATO SRI MD ZIN, ALOR GAJAH
JOHAN

1 comment: