CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Friday, September 4, 2009

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA

4 hb September 2009

2 minggu berlalu peperiksaan SPM Percubaan. Bagi subjek yang telah lepas menunjukkan prestasi yang tidak memberansangkan dalam penguasaan bahan yang di sampaikan. Setakat ini pihak pengurusan memandang serius tentang bagaimana persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang amat penting ini sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenarnya.

Pelajar nampak belumlagi bersedia walaupun ulangkaji telah di jalankan dari masa kesemasa sebelum peperiksaan . Dimana silapnya.

Budaya belajar dalam kalangan pelajar SMT belum lagi setanding dengan pelajar SBP.
Kemahiran menulis nota, kemahiran belajar, kemahiran mengingati fakta dan kemahiran berfikir masih belum dapat di garap dengan baik oleh pelajar SMT.

Pelajar SMT juga masih belum mantap jati diri masing-masing.Masih mengharapkan guru dan menunggu input yang di beri.Budaya membaca belum lagi dijadikan amalan.Penghayatan cara hidup Islam belum dapat di terapkan dalam kalangan pelajar SMT. Pengurusan masa yang lemah.Membazir masa dan tidak ada visi dan misi dalam hidup.......

Cuba perhatikan maksud beberapa ayat dalam Al Quran yang menggalakkan pelajar untuk
belajar menggunakan masa.....

"Demi masa , sesungguhnya ,manusia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal solih.Mereka yang ingat mengingatkan dengan kebenaran dan ingat mengingatkan dengan kesabaran"

"IQRA" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah . Bacalah denbgan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Dalam ceramah Dr Dzulkifli Al Baqri sempena menyambut Iftitah Ramadhan beliau telah menggariskan beberapa strategi untuk menjadi pelajar cemerlang...

Antaranya:-

Manusia hebat sentiasa memintas waktu iaitu sentisa mendahului masa sebagaimana Imam Shafie yang belajardaripada Imam Malik. Sebelum beliau berguru , belaiau telah membuat ulangkaji dan persediaan untuk belajar.Maka ilmu yang kita dapat itu janganlah dipadamkan dengan maksiat kepada Allah.

Manusia hebat juga akan berfikir sebelum bertindak. Mereka akan memikirkan apakah akibatnya sebelum membuat apa-apa tindakan. Tindakan yang diambil mestilah di syurakan sebelum dilaksanakan.Mengambil kira pandangan kawan-kawan lain.Pelajar juga harus a bersikap terbuka dan telus . Menjaga hak dan kepentingan sahabat yansg lain.

Manusia hebat akan menggunakan segala pancaindera yang ada untuk mennguasai bahan pembelajaran. Mendengar dengan kaedah;" Listen" BUKANNYA " hear". Lihat dengan mata hati bukannya "tembus". Menggunakan tangan dengan sentuhan jiwa bukannya sentuhan nafsu

Manusia hebat juga akan sentiasa mengingati mati. Karena dunia ini hanya tempat persinggahan . Bila -bila masa sahaja akan diambi loleh Yang Maha Esa. Maka jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau musafir.Semestinya bilakita bermusafir maka hendaklah kita mencari bekalan untuk menuju ke destinasinya. Janganlah kita leka dalam kemewahan dunia.Oleh itu pelajar haruslahtahu apa destinasinya.Mengetahui Visi dan Misi sekolahdan mengetahui matlamat hidup yang sebenarnya.

Ayuh pelajar dan guru sekelian satu anjakan paradigma harus dilakukan sebelum kita tergelincir jauh dari trek yang sedia ada. Nama SMT Tuanku Jaafar harus di lonjakkan.

Semuga Ranmadhan ini menjadi medan muhasabah diri dan peluang untuk mensucikan diri kita.Ramadhan mengajar kita untuk bersabar dan kamu tidak akan beroleh kejayaan selagi kamu tidak bersabar.

No comments:

Post a Comment