CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Wednesday, July 22, 2009

Ceramah Membina Jati Diri Saintis Wanita

Aktiviti bulan Sains pada minggu ini adalah ceramah tentang jatidiri saintis wanita .Ceramah telah disampaikan oleh Cik Roha Hassan , Pegawai Kualiti Geoinfo Services Kuala Lumpur.Beliau telah menekankan kepada pelajar supaya menanamkan sifat sifat yang baik dan menjaga akhlak baik sebagai pelajar, penjawat jawatan awam,isteri dan ibu. Dengan adanya jatidiri yang kental seseorang itu akan dapat mengawal dirinya dari terjebak dalam perkara mungkar dan maksiat.

Ramai remaja pada hari ini gagal kerana tidak dapat bezakan antara cita-cita dan CINTA.Dalam ceramah beliau telah menceritakan pelbagai cerita Cinta yang akhirnya membawa padah.Realiti Remaja masakini memaparkan para remaja yang hilang jatidiri. tidak dapt membezakan yang baik dan buruk, membelakangkan adab sopan dan lagi teruk tidak berpegang kepada ajaran agama.Hatta tidak tahu HALAL dan HARAM.

Remaja juga didedahkan kepada akibat daripada perbuatan haram dan gejala penyakit berjangkit akibat CINTA tanpa nikah.Seterusnya kepada gejala pembuangan bayi dan pengguguran yang berleluasa.

Bagi mencapai impian dan cita-cita pelajar di ingatkan untuk menjaga adab dan pergaulan . Mengutamakan Cita-cita dari cinta.Memberikan tafsiran CINTA yang sejati adalah cinta kepada Allah,Rasul dan Ibu ayah.

Akhirkata sekiranya anda igin menjadi saintis yang berjaya adakah anda hanya perlu mengikut orang atau memimpin masyarakat?
Andaikan anda berada didalam kapalterbang....do you want to be a pilot or just a passenger?FIKIR-FIKIRKANLAH

No comments:

Post a Comment