CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Thursday, July 30, 2009

Jadual Anjal

Salam

Kepada semua ketua Panitia,
Mulai 1 Ogos jadual anjal akan di kuatkuasakan dan diminta semua panitia menyediakan program ulangkaji terancang dan modul yang selaras dengan semua kelas dan subjek masing-masing.

Pelajar hendaklah dibekalkan denngan Modul yang berkaitan dan di minta supaya semua guru dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan ulangkaji terancang ini.Soalan percubaan dari negeri lain boleh di upload dalam Blog untuk kemudahan guru dan pelajar. Semua Panitia sepatutnya telah membina blog sendiri dan juga memuatkan maklumat berkaitan dengan panitia dan tips untuk peperiksaan.

Blog ketua panitia boleh di pautkan bersama dengan blog bidang.Tarikh sebulan diberikan sejak pelancaran Bulan Sains dan Matematik sepatutnya dijadikan sebagai benchmark untuk kita menyahut cabaran glokal ini.

Koleksi soalan untuk bidang sains boleh juga di upload kedalam Blog soalan dibawah:

http//sainsilmuttj.blogspot.com

Ketua panitia hemndaklah memberikan garispanduan perlaksanaan panitia mereka kepada ahli dibawahnya.

Guru-guru diagihkan mengikut kebijaksanaan panitia untuk membolehkan perlaksanaan jadual anjal di laksanakan dengan jayanya.

Terima kasih kepada Panitia yang telah membina blog dan juga mwnyalurkan maklumat berkaitan dengan panitia masing-masing .

Tahniah juga diucapkan kepada semua panitia yang telah merancang Kem hujung minggu bersama dengan pelajar dan juga menyahut cabaran pihak pengurusan dalam mempastikan anak-anak kita mendapat bimbingan yang sewajarnya dalam menghadapi SPM pada tahun ini.

Panitia bolehlah membuat kertas kerja untuk memberi kebajikan kepada pelajar untuk pembangunan minda mereka dan juga pembangunan fizikal mereka iaitu dengan membekalkan makanan berkhasiat seperti kismis dan kurma . Peruntukan untuk pembelian makanan sihat untuk pelajar boleh di salurkan kepada PIBG dan sekolah.(mesyuarat minggu hadapan)

Disamping itu dapatlah kita menyemarakkan sambutan ramadhan ini dengan program cintakan ilmu seperti Kem hujung minggu sambil membekalkan makanan berkhasiat untuk bekalan tenaga pelajar yang akan menghadapi peperiksaan dalam bulan ramadhan.

Akhir kata Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Semuga Ramadhan tahun ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment