CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Sunday, July 5, 2009

Ucapan Ketua Bidang

ang BerusahaPengetua SMTTJ, GPK 1, GPK HEM,Penolong kanan Ko-ko , Gpk Tg 6 , Ketua-ketua Bidang, Guru Panitia , guru-guru dan pelajar yang dikasihi sekelian.

Sempena Bulan Sains dan Matematik,iaitu sepanjang bulan Julai, saya ingin mengambil kesempatan untuk mewar-warkan aktiviti yang akan berlaku sepanjang bulan ini.Tema Bulan Sains dan Matematik ialah : Menjana Kecemerlangan TEAMS .TEAMS adalah kumpulan yang diwujudkan untuk memperkasa budaya belajar dalam kalangan pelajar dengan konsep pembelajaran kooperatif dan pembimbing rakan sebaya.TEAMS- Towards Excellent Achievement in Mathemathic and Science .

Objektif diadakan bulan ini adalah untuk menjana kecemerlangan dalam subjek sains dimana GP yang kita ingin capai adalah 3.0.Manakala pencapaian GP sekolah ialah 2.5.Bidang Sains merasakan satu usaha bersepadu perlu di jalankan untuk menggembeling tenaga pengajar dan juga memperkasakan usaha secara pemuafakatan dijalankan bagi menyuntik semangat dan budaya belajar untuk menjana kecemerlangan.Dua program utama sepanjang bulan ini adalah :Kuiz Marathon(Tg 5) dan Kembara Ilmu (Tg 4)Beberapa aktiviti lain yang dijalankan sepanjang bulan ini adalah Kuiz Olympiad Kebangsaan Kimia dan Fizik,Ceramah Teknik Menjawab Matematik,Ceramah Menjana Sainstis Wanita Cemerlang , Program Belian Fizik dan Matematik Tambahan .

Sempena Bulan Sains Matematik juga, kami mengambil kesempatan menjayakan program yang dijalankan oleh PSS untuk menggalakkan pembinaan blog warga STTJ. Oleh itu pelancaran Blog bidangsainsdanmatematik.blogspot.com akan dirasmikan oleh Pengetua .Blog ini akan dipaut bersama dengan Blog guru dalam bidang sains dan matematik.Inisiatif ini dijalankan untuk menggalakkan para guru dan pelajar dengan budayakan ICT seterusnya merapatkan jurang pendidikan sepertimana yang di sebut dalam teras 3 dalam PIPP .Dengan pelancaran blog ini semua maklumat dapat dikongsi bersama dan disalurkan melalui rangkaian maya .

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah dan akan menjayakan Misi dan Visi SMTTJ sebagai sekolah kluster kecemerlangan dan menjayakan kecemerlangan kebitaraan menjelang 2012 .Sekian saya sudahi dengan wabilahitaufikwalhidayah wasalamualaikumw.wb.

No comments:

Post a Comment