CONTEXTUAL LEARNING

REACT

R -Relating , linking the concept to be learned with something
the student alreadyknows
E- Experiencing ,hands on activities and teacher's explanation
allow students discover new knowledge
A-Applying, students apply their knowledge to real world
situations
C- Cooperating,students solve problems as a team to reinforce
knowledge and develope Collaborative skills
T-Transferring, student take what they have learned and
apply it to new situations contexts

Sunday, July 26, 2009

Laporan Bench Marking SASER

Saudara Amir Nabil talah memberikan input tentang lawatan dan perkongsian selama seminggu di SASER. Satu perkongsian yang baik dan boleh di ikuti oleh setiap pelajar.Terutama dari segi Sikap Belajar.

  • Tips sikap belajar mereka sentiasa fokus dan tidak tidur semasa P&P
  • Restu guru setiap kali mereka habis kelas dan budaya bersalaman dan juga mengucapkan terikma kasih sambil berkata "Cikgu halalkan ilmu yang cikgu berikan kepada kami dan doakan akan kejayaan kami"
  • Pelajar juga tidak malu bertanya walaupun soalan yang senang.
  • menghargai masa walaupun tanpa pemantauan guru
  • menyiapkan segala tugasan yang diberi
  • menyusun masa dan mengulangkaji dengan kumpulan study mereka.

Pengetua telah memberikan sedikit panduan untuk Prep Pelajar Asrama

Pelajar boleh mengulangkaji pada pukul 8.15 dan bersama study groups hingga pukul 10.30 malam .Pelajar luar juga di galakkan study bersama dengan group study. Kumpulan TEAMS untuk subjek Maths dan Sciences bolehlah menggunakan group yang sedia ada untuk perlaksanaan study group ini.

PELAJAR Asrama di kehendaki mengerjakan solat hajat setiap hari selepas solat maghrib.Prep Asrama bermula pada pukul 8.15 malam . Tahniah kepada pihak pengurusan yang begitu prihatin untuk kemajuan pelajar.

Pelajar asrama Tingkatan lima dibenarkan belajar sehingga ke pukul 12.30 malam selepas solat isyak pukul 11.00 malam dan prep di Dorm masing-masing.

Pelajar hendaklah menggunakan segala peluang yang telah diberikan demi kebaikan semua.Peluang mingkin datang sekali bukan sebaliknya.

Perlaksanaan Jadual Anjal bermula dari 1 Ogos hingga selepas peperiksaan percubaan. Ketua Panitia di kehendaki mengadakan Modul bagi setiap subjek sebagai latihan kepada pelajar.Modul boleh di cetak di luar dan claim boleh di buat mengikut peruntukan PCG.

Tahiniah juga di ucapkan kepada pelajar tingkatan 4 kerana telah mencapai keputusan yang baik berbanding dengan pelajar tingkatan 4 tahun lepas da;lam peperikasan yang sama iaitu PPT.

No comments:

Post a Comment